Wednesday, March 23, 2016

ADUN DAP Rayu Jangan Serang Guan Eng

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/RSN-Rayer1.jpg
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang terlibat dengan skandal pembelian rumah banglo mewah, telah diasak oleh banyak pihak supaya memberikan penjelasan mengenai pembelian tersebut.

Malah, pihak-pihak ini mendesak Guan Eng supaya memberi kerjasama terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), supaya siasatan dapat dijalankan dengan telus.

Ekoran sering didesak orang ramai, Adun DAP Seri Delima RSN Rayer merayu agar orang ramai tidak mendesak dan mengecam Guan Eng berhubung pembelian rumah banglo mewah.

Jelas Rayer, beliau mahu siasatan dijalankan dengan lancar dan berharap orang ramai dapat bersabar sementara menunggu keputusan siasatan, dengan tidak membuat serangan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya mohon mereka supaya melihat keadaan ini secara objektif dan sekurang-kurangnya mengizinkan SPRM menjalankan dan menyelesaikan siasatan," kata Rayer.

Dalam masa sama, beliau juga merayu kepada orang ramai supaya tidak mendesak Guan Eng untuk mengambil cuti dan berehat sementara siasatan sedang dijalankan.

Tambah Rayer, desakan supaya Guan Eng mengambil cuti dan berehat itu satu desakan yang tidak berasas, dan beliau yakin bahawa Guan Eng 'bersih' daripada skandal ini.

"Sebagai seorang ketua menteri, takkan kamu nak beliau tinggal dalam flat dua bilik!" tegasnya.

Inikan yang dinamakan bodoh... Orang tahu Guan Eng seorang Ketua Menteri dan tidak layak untuk tinggal dalam rumah flat dua bilik... Tapi yang menjadi persoalan sekarang, adalah harga rumah yang dibeli Guan Eng!!.

Biarlah Guan Eng nak buat rumah 10 bilik atau lebih... tapi harga yang dibeli perlu laa mengikut harga pasaran... Ini beli jauh dari harga pasaran.. Untung betul insan yang bernama Guan Eng... Kereta mewah beli dengan harga rendah, banglo pun dapat beli dengan harga rendah... Gila aargh!!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment