Thursday, March 24, 2016
Hadi Seakan Masih Di Bawah Tempurung, Kata Pemimpin DAP
PETALING JAYA : Kerana menyeru umat Islam menentang DAP, Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seperti orang yang amat picik
pengetahuannya.
Sambil menyifatkan seruan itu memalukan dan naif, Penolong Setiausaha
Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali berkata dikala pembangkang
membentuk permuafakatan baharu bersama pemberontak UMNO melawan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak, nada Hadi pula mirip UMNO dan Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia.
“Langkah terbaik bagi Najib adalah membina skrip baru – menjadikan
DAP sebagai musuh nombor satu negara demi menyelamatkan bahtera UMNO
yang diambang karam,” kata Sheikh, yang menambah; “mungkin bagi Hadi
inilah masanya untuk pulun suara orang Melayu-Islam berjihad menentang
Cina-kafir DAP!”
“Ini seolah-olah membawa makna, PAS kini telah menemui teori baru
bahawa agenda paling utama untuk menyelamatkan Malaysia bukanlah lagi
melawan skandal rasuah, korupsi dan pengkhianatan Najib terhadap rakyat
sebaliknya melawan DAP,” kata bekas pemimpin Pemuda PAS itu.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Hadi sebagai berkata umat
Islam perlu bersatu menentang agenda politik DAP dan menggagalkan hasrat
mereka memerintah negara.
Hadi turut dilaporkan bimbang akan situasi politik sekarang yang berpecah-belah dan menggugat kestabilan politik orang Melayu.
Namun, tindakan Hadi itu dikatakan telah mencalar imej partinya dan
memperlihatkan Islam sebagai agama yang menyeru kearah prejudis. Bagi
DAP, Hadi sebagai ulama gagal menyeru umat Islam agar menjadi agen
kerukunan yang berteraskan kebenaran, keadilan dan tidak mengenal warna
kulit.
Malah, cara Hadi mengendalikan isu hudud sehingga membawa kepada
perpecahan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa ijtihadnya sebagai selaku
pemimpin kanan parti Islam berbanding Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat ibarat ‘jauh panggang dari api’.
“Beliau seakan-akan masih berada di bawah tempurung dan terus mengelamun dalam dunianya sendiri.
“Hudud bukanlah isu baru yang dibangkitkan untuk memecahkan pakatan
pembangkang,” kata Sheikh, malah implikasi permainan isu hudud mudah
dijangkakan namun PAS masih terjerumus; “pakatan pembangkang bergolak
sebaliknya UMNO dapat terus menyambung hayatnya memerintah negara.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment