
Thursday, March 24, 2016
Kumpulan “Anti-Najib” Bukan Sahaja Semakin Lemah Di Pusat, Malah Gagal Di Terengganu

Angan-angan pihak pembangkang
mahu membina kerajaan baru di negeri Terengganu melalui beberapa usaha
mereka ‘menyerang hendap’ kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN)
negeri berkenaan akhirnya telah dipatahkan dan menemui jalan gagal.
Malah, usaha demi usaha mereka yang amat
jijik itu tidak langsung mematahkan semangat BN untuk terus berkhidmat
kepada rakyat negeri itu.
Tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Said yang mahu menggulingkan penyandang, Datuk Seri Ahmad Razif
Abd Rahman melalui usul tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu
juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.
“Kerajaan BN di Terengganu masih kukuh,
jangan risau. BN masih memegang 17 kerusi dan Pas 14 kerusi, kita masih
kukuh sebagai kerajaan,” kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas
merasmikan kempen Beautiful Terengganu Malaysia di Plaza Angsana, di
sini, malam tadi.
Beliau yang menggantikan Ahmad Said
sebagai Menteri Besar turut menyifatkan isu usul Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kijal itu seperti ‘ribut dalam cawan’ yang telah Berjaya
diselesaikan.
“Bagi kita isu Terengganu telah selesai,
tiada ada lagi. Kita tidak ada masa lagi memikirkannya, sekarang yang
penting ialah memberi perkhidmatan kepada rakyat,” kata Ahmad Razif.
Bagi kerajaan BN di Terengganu, usaha
akan ditumpukan sepenuhnya untuk menjadikan negeri itu negeri maju
menjelang 2020, katanya lagi.
Akhirnya, sekali lagi usaha kumpulan
‘Anti-Najib’ dengan kerjasama pihak pembangkang untuk mengurangkan
kekuatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah digagalkan
satu demi satu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment