
Wednesday, March 23, 2016
Menteri Dedah Rahsia Skandal RM70 Juta di Pulau Pinang
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Abdul Rahman Dahlan mendedahkan butiran penjualan tanah di Taman Manggis
oleh kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak ketiga dengan nilai harga
RM20 juta di Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya, sebuah syarikat swasta membeli tanah yang sepatutnya dibina
Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari kerajaan negeri dengan harga RM11
juta namun kemudiannya dibatalkan sebelum dirancang pula projek
pembinaan hospital swasta dan hotel mewah di lokasi itu.
Segala pendedahan itu berdasarkan dua dokumen lengkap yang diterima
pihaknya dan beliau akan menyerahkan dokumen itu kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

“Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala
Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini
kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan
bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC membeli tanah dengan
harga RM11 juta dan menjual dengan harga RM20 juta, dan saya tak
teragak-agak untuk memberi kepada SPRM.
“Apa yang nyata di sini, KLIDC tidak berminat untuk membangunkan tanah
tersebut,” katanya pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih, titah
Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen AMANAH Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa sewaktu
mencelah menyatakan sokongan terhadap pendirian Abdul Rahman yang ingin
menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap agar ia
disiasat dengan telus.
Sebelum itu, kekecohan di Dewan Rakyat bermula apabila Guan Eng menuntut
Abdul Rahman menarik balik kenyataan yang dibuatnya minggu lalu, bahawa
Guan Eng seorang pembohong.
Abdul Rahman mempertahankan diri dengan mengatakan maksud kenyataan
beliau ialah bahawa kenyataan Guan Eng mengenai kadar rumah mampu milik
berharga RM400,000 ditetapkan oleh kerajaan pusat sebagai satu
pembohongan.
Namun, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menegaskan bahawa
tindakan Guan Eng itu sering memerangkap dirinya sendiri lantaran
sentiasa mengeluarkan fakta yang tidak berpaksikan kenyataan.
“Kalau saya kata dia bohong, saya dimarah, tapi dia keluarkan fakta yang
tak betul kata rumah PPR kerajaan persekutuan putuskan dengan harga
RM400 ribu, rakyat Pulau Pinang marah, tapi bila orang Pulau Pinang
marah, dia cari orang yang boleh dituding jari, paling senang adalah ini
adalah arahan kerajaan persekutuan.
“Tapi dia lupa yang dia hanya memerangkap diri dia sahaja daripada
setiap fakta yang dikeluarkan, dia dah kata dalam Dewan Undangan Negeri
(DUN) yang tanah itu akan diletakkan untuk membina PPR, tapi akhirnya
diguna untuk tujuan benda lain pula,” ujarnya.
Selain itu, Rahman juga mendedahkan tentang cubaan menjual tanah
berkenaan kepada empat syarikat termasuk satu syarikat luar negara yang
berdaftar di Samoa dengan jumlah bayaran keseluruhan hampir 70 juta.
Menariknya, salah satu dari syarikat berkenaan difahamkan mempunyai kaitan dengan Banglo Mewah Guan Eng di Jalan Pinhorn.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment