
Thursday, March 24, 2016
Saya Tak Larikan Diri, Cuma Saya Ada Temujanji - Lim Guan Eng

Semalam kecoh di media-media sosial apabila Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan skandal pembelian rumah banglo mewah,
dihalau keluar dari Parlimen ketika Menteri Perumahan Rahman Dahlan
membahaskan mengenai skandal terbabit.
Sejurus dihalau keluar dari Parlimen, Guan Eng terus bergegas pergi
melarikan diri daripada media untuk mengelakkan diri dari ditanya dengan
lebih lanjut.
Selepas insiden tersebut menjadi viral dan bualan orang ramai, Guan Eng
mengambil keputusan kembali ke Parlimen pada jam 7 malam, kononnya untuk
membuktikan dirinya tidak lari dari disoal media mengenai skandal rumah
banglo mewah.
Dalam masa sama Guan Eng turut menjelaskan insiden lari dari media
sejurus dihalau keluar, dengan mengatakan beliau tidak melarikan diri,
sebaliknya beliau mempunyai temujanji yang harus ditepati.
"Saya tak melarikan diri. Saya ada temujanji. Saya ada disini. Tanya saya sebarang soalan dan saya akan jawab," kata Guan Eng.
Dalam masa sama, Guan Eng turut memaklumkan kehadiran beliau ke Parlimen
jam 7 malam itu bagi membuktikan beliau tidak takut dengan cabaran yang
dilemparkan Rahman Dahlan.
Alahai Guan Eng... Setakat datang kononnya nak tunjuk diri tak takut
dengan cabaran yang dilemparkan oleh pemimpin kerajaan, baik tak payah!!
Orang suruh datang ke Parlimen jawab mengenai skandal yang didedahkan.
Dah laa tu datang Parlimen pukul 7 malam... Sapa laa nak ada time tu...
Ahli Parlimen yang beragama Islam masa tu sibuk nak menunaikan fardhu
maghrib... Datang pun tak kena masa Guan Eng ni... Lepas tu nak tunjuk juara..
Piiirahh !!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment