Thursday, March 24, 2016
Serpihan Yang Ditemui Di Mozambique Hampir Pasti Milik MH370
Dua serpihan yang ditemui di Mozambique adalah hampir pasti milik
pesawat Malaysia Airlines 370, yang hilang dua tahun lalu ketika dalam
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Menteri Insfrastruktur dan
Pengangkutan Australia, Darren Chester susulan analisis yang dijalankan
oleh pakar teknikal yang menyiasat kehilangan MH370.
Menurutnya, pasukan siasatan MH370 juga mendapati bahawa serpihan itu sama dengan panel dari pesawat Boeing 777.
“Serpihan itu yang telah dijumpai di pantai timur Afrika adalah
konsisten dengan model drift dilakukan oleh CSIRO (badan sains
kebangsaan) dan mengesahkan lagi usaha penyelidikan kami di Lautan
Hindi,” katanya.
Serpihan itu ditemukan di tebing pasir di Mozambique dan ia telah dibawa ke Australia untuk ujian pengesanan.
Pasukan Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Penerbangan Awam
(DCA), Malaysian Airline System Bhd. (MAS) dan Pasukan Penyiasatan
Keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dengan
bantuan pakar Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) telah
melakukan ujian serta analisis ke atas serpihan itu.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Menurut Chester pencarian MH370 diteruskan dengan carian di kawasan dasar laut seluas 25,000 kilometer persegi.
“Kita memfokus untuk melengkapkan tugasan ini dan berharap pesawat itu akan ditemui,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment