EDITOR MENULIS...
23 MAC 2016
Sebelum ini, Tony Pua cukup suka bermain dengan angka. Tidak kira sama
ada angka itu mewakili fakta tidak benar atau tidak tepat, dia akan
'belasah' menerusi media. Walau pernah disaman, kalah saman, diperintah
bayar saman dan pernah meminta maaf atas fitnah yang dilemparkan, dia
tidak pernah serik.
Terkini, heboh diperkatakan tentang angka. Kali ini, tidak melibatkan
BN, tapi isu tersebut melibatkan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng yang
hampir dua penggal menjadi 'maharaja' di Pulau Pinang. 'Anak Maharaja'
DAP itu sedang menjadi tumpuan ramai.
Kecoh diperkatakan tentang banglo mewah milik anak Lim Kit Siang itu.
Kisah tentang banglo mewah itu yang kini dianggarkan bernilai lebih RM6
juta miliknya itu, cuba disembunyikan dari masyarakat umum, tapi 'bocor'
juga baru-baru ini.
Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini mengaku telah membeli banglo
berkenaan dengan harga RM2.8 juta dengan wang pendahuluan RM700,000
secara tunai dan pinjaman bank sebanyak RM2.1 juta. Tidak dijelaskan
dari mana dia menghimpun wang tunai RM700,000, mungkin dia 'menabung
dari kecil' atau menerima 'derma' dari pihak tertentu.
Menurut sumber, harga RM2.8 juta itu adalah jauh dibawah harga pasaran
ketika itu dan banglo mewah itu dianggarkan bernilai lebih RM4 juta
ketika dia membuat urusan jual beli berkenaan. Khabarnya, Guan Eng
membeli banglo mewah itu dari seorang ahli perniagaan bernama Phang Li
Koon.
Timbul pula persoalan tentang Phang Li Koon. Guan Eng dalam sidang
akhbarnya tidak pula menjelaskan tentang lelaki berkenaan yang dikatakan
rakan perniagaan rapat dengan salah sebuah syarikat pemaju yang
dikatakan terlibat dengan Projek Taman Manggis. Dia juga tidak
menjelaskan tentang dakwaan wujudnya isu 'conflict of interest' dalam
urusan jual beli berkenaan.
Adalah sangat pelik apabila seorang Cina tiba-tiba setuju menjual sebuah
banglo mewah, dan kemudian rugi besar dalam urusan jual beli berkenaan.
Rakyat Malaysia umumnya tahu tentang cara orang Cina berniaga di mana
mereka sememangnya sangat mementingkan keuntungan. Maka sebab itulah
timbul isu berkenaan.
Jadi, di mana Tony Pua sekarang? Dia sebelum ini cukup suka menjuarai
isu berangka. Kenapa dia tidak bersuara mempersoal Guan Eng tentang
RM700,000, RM2.1 juta, RM2.8 juta, Projek Taman Manggis dan 'conflict of
interest'? Kenapa Tony Pua tidak mendesak supaya Guan Eng disiasat
jabatan 'enquiry' dalaman DAP? Di mana pula konsep amalan 'ketelusan'
dan 'integriti' yang dilaungkan sebelum ini?
Guan Eng sebelum ini cukup suka bercakap soal 'CAT'. Saya
berpandangan bahawa Tony Pua boleh bertanyakan tentang 'CAT' pada Guan
Eng. 'CAT' bukan kucing, tapi merujuk kepada slogan 'Competency,
Accountibility and Transparency' di dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang.
Khabarnya, ramai di kalangan pemimpin DAP yang kini marah pada Guan Eng
dan Kit Siang.
Mereka dikatakan cuba membina empayar 'Dinasti Lim' di
dalam DAP melalui strategi penguasaan penuh pucuk pimpinan parti itu
oleh suku-sakat dan keluarga Lim. Ia dikatakan menimbulkan rasa kurang
senang ramai di dalam DAP atas timbulnya isu kronisme dan nepostisme.
Jadi, inilah masanya Tony Pua untuk meraih publisiti dan sokongan dari
kalangan ahli, serta pemimpin DAP dengan meruntuhkan empayar Lim di
dalam partinya. Inilah masanya untuk Tony Pua membuktikan dia tidak
berpihak atau bertolak ansur dalam sebarang elemen atau unsur rasuah.
Tony Pua perlu mendesak Guan Eng meletak jawatan untuk membuktikan
dirinya mengotakan ketelusan dan integriti dalam DAP.
Tapi, terserahlah pada Tony Pua. Jika benar dia seorang yang ada maruah
diri dan berprinsip, dia perlu desak SPRM siasat sedalam-dalamnya isu
Guan Eng dan skandal banglo mewahnya. Tony Pua selaku Setiausaha
Publisiti DAP juga perlu mendesak partinya menyiasat Guan Eng secara
telus, kerana ia membabitkan nama parti. Paling tepat, berdasarkan fakta
jelas isu, Tony Pua perlu mendesak Guan Eng untuk meletak jawatan.
Penulis tidak mendesak supaya Guan Eng memberikan sebarang jawapan.
Sebaliknya, isu ini perlu disiasat dan dikorek SPRM sedalam-dalamnya.
Isu ini dikatakan jauh lebih dahsyat dari isu bekas Menteri Besar
Selangor, Dr Khir Toyo. Jika kes beliau yang sangat 'longgar' itu
disabitkan bersalah dan dihukum, maka kes Guan Eng ini adalah jauh lebih
hebat dan jelas sabitan faktanya untuk diheret ke mahkamah.
Terpulanglah pada SPRM untuk menentukan sama ada mereka berani atau
tidak untuk 'menyentuh' Guan Eng. Namun saya ingin berpesan pada SPRM
bahawa 'kami juga ada Allah' untuk menilai sikap sebenar SPRM. Jika
nasib Guan Eng tidak dihukum lebih berat berbanding Dr. Khir, maka
tahulah kita siapa SPRM sebenarnya...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
No comments:
Post a Comment