Wednesday, April 13, 2016
Ada Yang Bagi Pandangan, Penegak Undang-Undang Perlu Lebih Berat Hukuman
Kenny yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya didakwa meminta suapan
terbabit daripada seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Muhamad
Fazal Sulaiman, 36, dengan cara memperdayakan mangsa menyerahkan
sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke
atasnya berhubung satu fail tohmahan yang kononnya dibuka SPRM sedangkan
ia tidak wujud.
SHAH ALAM : Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000
oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah
terhadap pertuduhan meminta suapan berjumlah RM20,000 daripada seorang
pegawai polis, 7 April lepas.
Hakim Amran Jantan ketika menjatuhkan hukuman itu terhadap Kenny Chua
Boon Meng, 35, memerintahkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari
tarikh ditangkap, 7 April lepas.
Tertuduh diperintah dihukum penjara tiga bulan lagi sekiranya gagal bayar denda berkenaan.
Kenny yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya didakwa meminta suapan
terbabit daripada seorang pegawai polis berpangkat inspektor, Muhamad
Fazal Sulaiman, 36, dengan cara memperdayakan mangsa menyerahkan
sejumlah RM20,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke
atasnya berhubung satu fail tohmahan yang kononnya dibuka SPRM sedangkan
ia tidak wujud.
Dia melakukan kesalahan itu di dalam kereta jenis Proton Persona di
perkarangan luar bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi
pada 12.55 tengah hari, 7 April lepas.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan yang boleh
dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Heikal Ismail, memohon
mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Kenny kerana dia merupakan
pegawai SPRM yang sepatutnya bertanggungjawab mengekang jenayah rasuah
di negara ini.
Bagaimanapun Kenny yang tidak diwakili peguam merayu supaya mahkamah
menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya dengan alasan ia merupakan
kesalahan pertama selain telah banyak memberikan sumbangan kepada SPRM
sepanjang lapan tahun berkhidmat termasuk menyelesaikan pelbagai kes
berkaitan rasuah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment