Thursday, April 14, 2016

Apa Macam Selangor ??? PKR Umum Tak Ada Hubungan Dengan PAS Di Sarawak

Pecah dan perintah... nampaknya pakatan pembangkang menghadapi dilema baru menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak selepas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menolok sebarang kerjasama dengan PAS.

Untuk rekod, kerajaan Selangor yang dipimpin Datuk Seri Azmin Ali hari ini bertahan kerana PAS memilih untuk menyokong PKR sekalipun DAP sudah 'menceraikan' PAS.

Kenyataan Baru Bian pada Rabu jelas membuka dimensi baru hubungan antara PAS dan PKR selepas ini.

Menurut ADUN Ba'kelalan itu, PKR Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS kerana PAS bukan sebahagian daripada pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

"PAS tiada kaitan dengan kami. Di mana PAS mahu bertanding, itu hak mereka. PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kesediaan PAS berhadapan pertembungan dengan parti komponen pakatan pembangkang di beberapa kerusi PRN Sarawak akan datang.

Malah Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili berkata, parti itu menjangkakan bakal berlaku perebutan di sekurang-kurangnya lima kerusi membabitkan PKR dan DAP.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pada 6 April lalu mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Jelas Baru Bian, PKR sedang mengintai untuk bertanding di sekurang-kurangnya 40 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.

"Isu agihan kerusi belum selesai...belum muktamad. Perbincangan antara PKR, DAP dan PAN masih berjalan.

"Namun PKR berharap dapat meletakkan calon di 40 kawasan. Selebihnya terpulang kepada DAP dan Amanah," katanya.

Sementara itu, pencalonan Datuk Dr Juanda Jaya sebagai calon BN pada Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 disambut baik Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Tahniah buat sahabat baik saya, Datuk Dr Juanda Jaya yang terpilih sebagai calon PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) bagi DUN N44 Jemoreng, Sarawak.

“Semoga Allah berkati dan dijadikan ia asbab untuk menegakkan kebaikan dan kebenaran,” tulis Asri menerusi muatnaik terbaharu Facebook hari ini.

Terdahulu, Dr Juanda diangkat mewakili parti PBB bagi kerusi N44 DUN Jemoreng diumumkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Dr Juanda dan Asri sebelum ini pernah disebut antara ulama yang cuba dipancing PKR untuk diangkat menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain bekas Mufti itu, bekas senator, Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak dan pembantu khas timbalan menteri adalah antara sembilan muka baharu yang diumumkan Adenan.

Datuk Idris Buang, 62, yang dicalonkan untuk bertanding di DUN Muara Tuang berkata beliau akan bekerjasama dengan semua pihak bagi merencanakan yang terbaik berpandukan kepimpinan parti dan negeri.

"Saya akan kaji kehendak pengundi di Muara Tuang khususnya golongan belia dan wanita. Kita akan bawa lebih banyak pembangunan dan buat yang terbaik," kata peguam dan juga bekas senator itu.

Turut akan bertanding adalah Jefferson Jamit Unyat, 58, cucu kepada mendiang Tun Jugah, seorang pemimpin Dayak yang berkhidmat sebagai menteri persekutuan dalam hal ehwal Sarawak semasa zaman Tunku Abdul Rahman.

"Saya amat yakin untuk menang kerana saya sudah berkhidmat di kawasan itu sangat lama. Saya mempunyai ramai saudara-mara di sana. Saya juga mendapat sokongan daripada semua parti komponen BN," katanya yang akan bertanding di Bukit Goram.

Bagi calon langsung BN DUN Serembu, Miro Simuh, 43, pembantu khas kepada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri James Dawos Mamit berkata beliau mahu menaik taraf kehidupan dan pendapatan penduduk tempatan melalui lebih banyak program ekonomi.

Calon langsung BN DUN Bukit Semuja, John Ilus, 52, pula berjanji akan meneruskan pembangunan yang sudah dirancang di kawasan itu jika menang dalam pilihan raya.

"Memandangkan Bukit Semuja terletak di Serian yang sudah dinaik taraf menjadi sebuah Bahagian sejak tahun lepas, pelbagai projek pembanguan yang dirancang akan diteruskan," kata pegawai kanan tadbir Pejabat Daerah Serian itu.

Gerawat Jala, 59, calon langsung DUN Mulu, berterima kasih kepada Adenan atas kepercayaannya untuk bertanding.

"Saya akan bekerja keras untuk menyerahkan kerusi itu kepada BN," kata peguam yang merupakan Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak.

Pada PRN kali ini, sejumlah 82 kerusi dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru iaitu Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment