Wednesday, April 13, 2016
Cabaran Politik Kini Adalah Mengurus Persepsi Politik – Jais
KLUANG : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Md
Jais Sarday berkata cabaran dunia politik masa kini adalah bagaimana
mahu menguruskan politik persepi yang dilihat bakal menentukan untung
nasib ahli politik di atas landasan demokrasi sesebuah negara.
Jelasnya, politik persepsi ini perlu ditangani segera kerana jika
tidak ditangani dengan betul dan tangkas, ia bakal menjadi sesuatu yang
amat merbahaya kerana masyarakat terheret dalam permainan muslihat
agenda pihak tertentu.
“Cabaran
politik masa kini adalah bagaimana kita sebagai jentera parti mahu
menguruskan kepelbagaian persepi yang wujud dalam pemikiran rakyat.
Sekarang ini orang sudah pandai serba serba terutama dalam era teknologi
maklumat dan komunikasi.
“Perkara yang tidak benar pun bila diulang berulangkali orang jadi
percaya. Jadi macam mana nak menguruskan perkara ini. Sebab itu saya
mencadangkan supaya di mana kita ini satu parti yang cukup tersusun dari
segi struktur baik dari peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan,
perlu menggerakkan jentera sebaik mungkin bagi mengatasi dan memahamkan
rakyat.
“Jentera ini pula terlebih dahulu mesti diterangkan dan diberi input
supaya mereka boleh menyampaikan dengan betul kepada rakyat. Ini kerana
kaedah politik sekarang bukan seperti dahulu.
Dulu pergi kampung…
melawat orang sakit, orang dah rasa… tapi sekarang bila pemikiran sudah
lekat persepsi, buat apap pun selagi tak ubah apa yang ada dalam
pemikiran orang selagi itu tidak akan mampu ubah sokongan mereka,”
ujarnya kepada media.
Justeru itu beliau menegaskan, semua pihak harus sedar bahawa
sekarang ini persepsi amat berkuasa dalam politik dan kerana itulah
persepsi juga boleh menguat atau meroboh sesebuah kerajaan di atas
mana-mana paradigma demokrasi.
Jelasnya lagi kebijaksanaan mengurus persepsi terutamanya di alaf
digital sangat penting demi memastikan kelangsungan masa hadapan UMNO
sebagai tonggak pemerintah negara.
“Persepsi ini boleh jadi kawan yang menguntungkan tetapi juga boleh
jadi lawan yang sukar dibendung. Dalam kita membawa wadah perubahan,
kita tidak hanya memerlukan sebuah konsep malah perlaksanaan konsep itu
yang lebih sukar untuk dilaksanakan.
“Kerana itu saya amat menegaskan jentera parti perlu diberi input
sebaik mungkin bagi memastikan mereka ini dapat membantu parti
menyakinkan rakyat agar rakyat kembali memahami dan terus menyokong
kita,” tambahnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment