Wednesday, April 06, 2016

Cantik Juga Pakaian Seragam Rafizi Ni.... Bukan Senang Nak Dapat Macam Ni...

NASIB Rafizi.. lain kali jangan seronok sangat fitnah!!

Hambik Kan Dah Kena!!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA,” tulis Khalid di twitter.

Akta Rahsia Rasmi adalah akta yang diwujudkan khusus untuk mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".

Seseorang yang didapati bersalah di bawah Seksyen 8 (1) dan (2) OSA boleh dipenjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment