Wednesday, April 13, 2016
Debat Terbuka, Guan Eng Dibidas ‘Tidak Jujur’
KUALA LUMPUR : Penasihat media kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak disifatkan sebagai
‘tidak jujur’ untuk mengadakan debat berhubung isu penjualan tanah di
Taman Manggis.
Elviza Michele Kamal menerusi laman Twitter mempertikaikan tindakan Guan
Eng yang dikatakan cuba berdolak-dalih dalam isu tersebut.
“Hi YAB @cmlimguaneng. Mohon baca kembali kenyataan akhbar anda
bertarikh 11 April 2016 mengenai cadangan debat bersama @mpkotabelud.
Tiada ada sesiapapun yang bertukar fikir.
“Kami (pejabat menteri) sentiasa berhubung dengan jurucakap YB
@anthonyloke yang dilantik sendiri oleh pihak tuan, beliau (Anthony)
secara jelas bersetuju (debat diadakan) pada 19 April @cmlimguaneng,”
katanya memetik kenyataan tersebut.
Menurut Elviza hasil perbincangan dengan Setiausaha Organisasi DAP,
Anthony Loke sebelum ini, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk
mengadakan debat pada 19 April.
“Saya tidak faham mengapa anda mendakwa beliau (Abdul Rahman) cuba
berdolak-dalih sedangkan cadangan tarikh dan tempat telahpun
dibincangkan sebelum ini.
“YAB @cmlimguaneng dengan segala hormatnya, walaupun pendekatan politik
itu penting namun kejujuran dalam setiap tindakan itu merupakan polisi
yang terbaik,” katanya lagi.
Guan Eng sebelum ini mendesak Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan yang sedang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke
luar negara itu untuk segera pulang ke Malaysia bagi membolehkan debat
tersebut diadakan.
“Saya tidak undur, tetapi saya bagi dia (Abdul Rahman) sampai 16hb. Selepas itu kita tengok macam mana.
“Saya tidak cakap saya tidak mahu berbahas, tidak ada. Tetapi saya mahu dia tunjukkan komitmen dia,” katanya sebelum ini.
Abdul Rahman pada Sabtu mengingatkan Setiausaha Agung DAP itu supaya
tidak menarik balik persetujuannya untuk berdebat berhubung kontroversi
tanah Taman Manggis.
Beliau kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan dijangka kembali ke tanah air pada 18 April.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment