
Tuesday, April 05, 2016
Isu Taman Manggis : 3 Syarikat Masuk Tender Meragukan

Sebelum peralihan kuasa kerajaan negeri bertukar kepada kerajaan DAP,
kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah mengkhaskan tanah Taman
Manggis untuk dibangunkan rumah kos rendah fasa kedua apabila rumah kos
rendah fasa pertama yang berada di bersebelahan tanah tersebut telah
siap dibina pada tahun 2007.
Namun begitu, disebabkan kerakusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang mahu
mengaut keuntungan dan mengamal kronisme dalam parti, kerajaan negeri
telah menjual tanah terbabit kepada sebuah syarikat yang mempunyai
hubung kait dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Oleh disebabkan pembelian tanah terbabit diragui, banyak pihak mendesak
untuk mengetahui sama ada tanah tersebut dijual 'on direct' kepada
pemaju, atapun telah dijual dalam 'tender terbuka' oleh kerajaan negeri.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kini pandai memutar
belitkan bagi mempertahankan diri berhubung skandal Taman Manggis
berkata, penjualan tanah tersebut telah dijual melalui tender terbuka
dan cara penjualan tanah tersebut telah mendapat pujian daripada
International Transparency.
Selain itu, Guan Eng turut memaklumkan bahawa syarikat yang menyertai
dalam tender tanah Taman Manggis ini telah memenuhi syarat ketat yang
ditetapkan, selain memiliki pengalaman luas dalam menguruskan pusat
perubatan pakar.
Walaupun Guan Eng telah memaklumkan penjualan tanah tersebut dibuat
melalui tender terbuka oleh kerajaan negeri, namun senarai syarikat yang
menyertai tender tersebut yang dinyatakan Guan Eng itu amat meragukan.
Ini kerana status ketiga-tiga syarikat yang membida tanah Taman Manggis
kini sudah bertukar status 'bubar, gulung tikar dan ditutup'... Status
ini sekaligus menyangkal dakwaan Guan Eng bahawa syarikat yang menyertai
tender ini mempunyai pengalaman luas dan memenuhi syarat ketat yang
ditetapkan.
Status 3 syarikat ini iaitu United Overseas Empire Sdn Bhd (UOE), GM
HealthCare Sdn Bhd (GMHC) dan Ranting Setia Sdn Bhd (Ranting Setia)
telah didedahkan oleh Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk
Huan Cheng Guan yang disertakan dokumen lengkap Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).
"Tiada sebarang perolehan pada tahun kewangan 2010 dan tidak pernah lagi
mengemukakan penyata kewangan kepada SSM dalam tempoh enam tahun, dan
status syarikat itu kini dikategorikan sebagai bubar.
"Syarikat GMHC pula diisytiharkatn muflis sejak Jun 2009 dengan nilai
aset negatif, serta tidak lagi mengemukakan penyata kewangan selama
tempoh enam tahun sejak 2010. Penerima syarikat ini dilantik pada 2011
dan ia kini disenaraikan sebagai sudah gulung tikar.
"Syarikat Ranting Setia pula kini dalam status dorman (tidak aktif) dan
didakwa tidak pernah mengemukakan penyata kewangan kepada SSM sejak
tujuh tahun lalu, malah penyata kewangan terakhir dikemukakan adalah
tahun 2008 dan status syarikat itu kini ditutup," kata Huan.
Pendedahan yang dibuat oleh Naib Pengerusi PCM ini jelas membuktikan
Guan Eng sekali kantoi, apabila cuba menipu rakyat dengan mengatakan
penjualan tanah tersebut telah dijual melalui cara betul... Sedangkan
penjualan tersebut telah dirancang bagi dijual kepada syarikat KLIDC
yang mempunyai hubung kait dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment