Friday, April 01, 2016
Kerajaan Malaysia Jangan Bela Orang Macam Ni.... Biar Dia Mampus Dalam Penjara Tu.... Dua Lagi 'Keldai Dadah' Malaysia Ditangkap Di Bangkok...
Orang Macam ini tak perlu dibantu atau dilindungi.Orang macam ini lah 
yang merosakkan dan Nama Baik Malaysia yang membekalkan Dadah kepada 
Anak Bangsa Malaysia.
Dua lagi lelaki Malaysia ditahan polis Thailand semasa cuba menyeludup 
dadah ke Malaysia, menjadikan bilangan penyeludup dadah rakyat Malaysia 
yang ditangkap pihak berkuasa negara ini sejak minggu lepas kepada 23 
orang.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Polis Chakhtip Chaijinda berkata, dalam 
kejadian terbaharu, suspek, berumur 59 dan 37 tahun ditahan bersama-sama
 282 kilogram (kg) dadah sintetik jenis ‘Ice’ di Pusat Pemeriksaan 
Imigresen Sadao pada pukul 5 petang, semalam.
“Kedua-dua lelaki itu yang menaiki kereta Nissan Cefiro dan Proton 
bernombor pendaftaran Thailand, ditahan di pusat pemeriksaan tersebut 
selepas menerima maklumat daripada polis Malaysia.
“Mereka masing-masing membawa 175kg dan 107kg dadah yang disorokkan di 
belakang kereta,” katanya kepada pemberita di Biro Pencegahan Narkotik 
Thailand di sini, hari ini.
Polis Thailand menunjukkan kedua-dua lelaki Malaysia itu dalam sidang 
akhbar di sini, hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengarah Narkotik 
Bukit Aman, Datuk Mohd. Mokhtar Shariff.
Minggu lepas, polis Thailand menumpaskan satu sindiket besar dadah 
Malaysia selepas menahan 21 lelaki pada 23 dan 24 April di beberapa 
lokasi di seluruh negara ini dan merampas 226kg ‘Ice’ dan 8kg heroin.
Chakhtip berkata, tangkapan itu membawa kepada rampasan dadah terbesar 
oleh Polis Thailand sejak beberapa tahun lepas dan beliau memuji 
anggotanya dan kerjasama erat Polis Malaysia berikutan kejayaan itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Polis Pongsapat 
Pongcharoen berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut untuk 
menentukan sama ada dadah yang dirampas daripada 23 rakyat Malaysia itu 
datangnya daripada kilang dadah sama di negara jiran.
“Kami akan menjalankan ujian makmal sama ada dadah itu datangnya dari 
kilang yang sama, yang hanya menumpukan kepada penghasilan ‘Ice’ tulen 
untuk pasaran. Kami mengesyaki ia sebuah kilang dadah yang besar,” 
katanya. 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment