
Tuesday, April 05, 2016
Rahman Dahlan Dedah Lagi Skandal Guan Eng Di Taman Manggis
KENYATAAN BELIA

5 April 2016
INI BUKAN SOAL RM2.8 JUTA SAHAJA TETAPI RM59JUTA
UNTUK SIARAN SEGERA
1. Dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, saya mendedahkan satu
bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi. Sebelum
ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek
perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").
2. Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud
kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada
pihak ketiga.
3. Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah
berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November
2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak :
RM70,643,628.00.
4. Perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara
satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu
perjanjian, yang menyebut :
a) Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan
b) Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.
5. Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat –
KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering – secara
majoriti.
6. Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM,
KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki
nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.
7. Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan
selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar
berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta.
8. Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah,
melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah
tersebut.
9. Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian
ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek
Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman
Manggis.
10. Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah
komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih
RM1,000 kaki persegi.
11. Selepas pendedahan saya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri
Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak
ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini
kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan
kepada penjualan tanah berkenaan.
12. Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian
penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah
dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti
diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh
berkuatkuasa.
13. Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan
penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan
kelulusan?
14. Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?
15. Tanah ini pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010
apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP
yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki
persegi – satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga
pasaran.
16. Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan
untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual
kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai
sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk
jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.
17. Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun
kemudian pada harga RM70.6 juta – jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta
sementara projek teras masih belum dibangunkan.
18. Sehubungan itu, saya telah mengarahkan pejabat saya menyerahkan
perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM
– berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar. Kami berharap
dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Sekian.
Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment