Wednesday, April 06, 2016
Sendiri Cari Penyakit...... Rafizi Direman Tiga Hari
Sendiri cari penyakit... Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli ditahan
reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung
tindakannya mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Putrajaya, sebentar tadi.
Terdahulu, MP Pandan itu dibawa oleh beberapa anggota polis ke mahkamah
Putrajaya pada jam 1.50 petang dan turut diiringi beberapa peguam,
termasuk R Sivarasa.
Rafizi ditahan jam 6.05 petang semalam sejurus keluar dari bangunan
Parlimen mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana membuat
kenyataan media berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan
mengaitkannya dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment