Wednesday, April 13, 2016

Siapa Ahmad Said Untuk Keluar Masuk Istana – Tengku Ibrahim

Ahmad Said
Ugutan mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kepada Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman untuk mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin akhirnya ditemplak sendiri oleh pihak istana supaya tidak membabitkan institusi Diraja itu dalam kancah dendam politik.

Bapa saudara kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkata, beliau amat terkejut dan kecewa dengan tindakan Ahmad yang mengheret istana ke dalam dendamnya terhadap pentadbiran sekarang yang diterajui oleh Ahmad Razif.

Dalam satu laporan media, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Ibrahim merupakan satu “tamparan” yang kuat ke atas muka Ahmad, di mana seolah-olah dia boleh keluar masuk ke dalam istana untuk mengadap Sultan Terengganu begitu sahaja bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri sekarang untuk membolehkan pilihanraya negeri diadakan.

“Saya suka mengingatkan Datuk Seri Ahmad Said bahawa rakyat amat mencintai negeri Terengganu. Sudah tentu mereka tidak mahu negeri ini menjadi kelam-kabut akibat daripada tindakan seorang “lone ranger” yang ingin membalas dendam menentang menteri besar sekarang,” kata Tengku Ibrahim.

Seperti yang diketahui, Tengku Ibrahim bersuara bagi pihak Sultan Mizan Zainal Abidin.

Penjelasan yang diberikan oleh Tengku Ibrahim kini telah menjernihkan keadaan dan situasi politik di Terengganu yang disifatkan seperti “ribut dalam cawan”.

Ini sekaligus memberi peluang kepada Ahmad Razif untuk terus mentadbir kerajaan negeri – sekurang-kurangnya buat masa sekarang memandangkan tiada siapa tahu apakah yang bakal dilakukan oleh Ahmad untuk memastikan Ahmad Razif berada dalam keadaan yang tidak selesa.

Sebelum ini, Ahmad pernah mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad razif dalam sidang dewan undangan yang berlangsung Mac lalu, namun ditolak oleh speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

Namun demikian, dendam Ahmad tidak pernah terpadam apabila mencetuskan kembali “ribut dalam cawan” dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Ahmad Razif sedang “menghitung hari” menjawat jawatan yang tertinggi dalam kerajaan negeri itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment