Wednesday, April 13, 2016
Surat Terbuka Kepada Rafizi Ramli
Saya merujuk kepada kenyataan tuan bertarikh 9 April 2016 yang jelas
maksudnya untuk mencalar kredibiliti Ketua Polis Negara (KPN) berhubung
kenyataan beliau yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini mengenai isu
lakonan “digari” untuk meraih simpati.
Saya hairan kenapa tuan masih lagi cuba menegakkan benang basah
sedangkan tuan sendiri telah membuat beberapa kenyataan yang bercanggah
berhubung isu ini. Sekejap kata Polis suruh letak tangan di belakang,
sekejap kata sendiri yang minta digari. Tuan rasa amat terkesan dan
marah apabila rata-rata netizen menyelar “lakonan” tuan sedangkan apa
sebenarnya niat tuan, hanya Allah yang mengetahuinya. And you know that
too. Tuan naik berang terhadap KPN kerana kenyataannya mengundang
kemarahan netizen terhadap tuan. Tapi tuan lupa bahawa Allah Maha Agung,
Maha Kaya dan Maha Mengasihani. Bukan sedikit celaan yang tuan
lontarkan terhadap KPN. Bukan ringan dakwaan yang tuan buat terhadap
KPN. Propaganda dan strategi tuan berjaya memesongkan pertimbangan dan
persepsi masyarakat terhadap KPN dan juga PDRM keseluruhannya. Tidak
tergamak hendak saya ulangi kata-kata nista dan cacian yang tuan
lemparkan kepada KPN walaupun dia menjalankan tanggungjawab hizbahnya
atas landasan amal makruf nahi mungkar. Why? Sebab tindakannya tidak
sehaluan dengan kehendak tuan. Bukan begitu?
Bila tuan diserang netizen, tuan ugut nak saman KPN. Tuan cabar KPN
bertanding dalam PRU. Ini bukan sifat seorang yang rasional. What goes
round comes around, remember? Malangnya tuan lupa bahawa apa yang tuan
lakukan ada balasannya, sama ada buruk atau baik. Janji Allah itu pasti.
Tidak perlulah tuan cuba untuk mengambil hati pegawai-pegawai Polis
dengan kenyataan bahawa tuan bersimpati dengan mereka yang kononnya
dalam keadaan serba salah bila berhadapan dengan tuan. Tidak perlu tuan
bermain strategi dengan menyatakan bahawa tuan khuatir pegawai-pegawai
terbabit akan dikecam oleh UMNO jika tuan tidak digari atau diberi
kelonggaran. Sejak bila tuan peduli kepada warga PDRM? Sejak bila tuan
menyanjung jasa dan pengorbanan PDRM? Apa yang keluar dari mulut tuan
terhadap PDRM hanyalah cacian semata-mata. Jangan ingat ia mudah
dilupakan.
Kenyataan tuan yang berbunyi “Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik
Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai
tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang
ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak
berkuasa” membuatkan saya merasa mual dan loya.
Hentikan cubaan tuan untuk memancing hati kami warga PDRM kerana apa
yang tuan lakukan selama ini mungkin dapat kami maafkan atas nama
Islam….namun tidak sesekali dapat kami lupakan begitu saja. KPN adalah
ketua kami dan kami berdiri teguh di belakang beliau. Tidak perlu tuan
bersimpati kononnya, terhadap pegawai-pegawai polis yang
dipertanggungjawabkan mengendalikan kes tuan. Mereka tidak pernah merasa
serba salah dan mereka tidak takut tindakan mereka akan mengundang
kritikan sepertimana dakwaan tuan dengan kata-kata “damn if they do,
damn if they don’t”. Ketaatsetiaan setiap warga PDRM kepada ketua, Raja
dan Negara jangan sesekali tuan pertikaikan kerana ia mengguris hati
kami. Kabut yang menyelubungi kehidupan tuan adalah balasan atas apa
yang tuan lakukan selama ini. You reap what you sow.
Kenyataan tuan jelas sekali cuba mengambil hati kami dengan harapan kami
akan bangun menentang KPN. IT WILL NOT HAPPEN kerana taat setia kami
kepada pemimpin tidak akan goyah dengan propaganda murah yang cuba tuan
mainkan buat kesekian kalinya. Cukuplah apa yang tuan dan rakan-rakan
tuan lakukan selama ini kerana kami tidak pernah merasa dihargai oleh
orang-orang seperti tuan.
KAMI BUKAN JEBAT DERHAKA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment