
Tuesday, April 05, 2016
Tiada Catuan Air, Paras Air Di Enam Empangan Kritikal

PUTRAJAYA : Tiada catuan air dilaksanakan meskipun paras air
di enam empangan dilaporkan kritikal ekoran musim panas yang
berpanjangan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr
Maximus Johnity Ongkili.
Beliau berkata enam empangan yang merekodkan paras air kritikal
antara 20.14 peratus dan 33.9 peratus sehingga akhir Mac lepas ialah
Timah Tasoh di Perlis; Lebam dan Layang di Johor; Milau dan Babagon di
Sabah serta Gemencheh, Negeri Sembilan.
Katanya kementerian itu dan Kementerian Sumber Asli telah menubuhkan
jawatankuasa khas untuk memantau paras air dan jumlah air diproses untuk
kegunaan rakyat.
“Setakat ini tiada keperluan untuk melakukan catuan air di mana-mana
kawasan di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas
melancarkan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa 2016 di sini,
hari ini.
Mengenai pembinaan empangan Langat 2, Ongkili berkata buat masa ini
projek itu sudah 60 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada 2019.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment