
Wednesday, March 23, 2016
ADUN Chuping Nasihat Penduduk Elak Terdedah Panas Matahari

PADANG BESAR : Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping,
Asmaiza Ahmad menasihatkan lebih 10,000 penduduk Chuping supaya tidak
mendedahkan diri di bawah panas terik matahari tanpa perlindungan.
Katanya suhu panas akibat fenomena El Nino yang melanda sekarang
adalah luar biasa lebih-lebih lagi Chuping merupakan kawasan paling
panas di Malaysia.
“Saya ingin ingatkan ibu bapa memastikan anak-anak mereka yang diberi
cuti dua hari oleh Kementerian Pendidikan hari ini dan esok menggunakan
masa itu mengulang kaji pelajaran di rumah, bukan bermain di luar
rumah.
“Jika sekalipun mereka keluar rumah, sebaiknya pakailah pelindung
kepala,” kata timbalan Exco Pendidikan Negeri itu kepada Bernama di sini
hari ini.
Menurut beliau dalam kawasan Chuping terdapat hampir 3,000 pelajar di
sembilan buah sekolah iaitu dua sekolah menengah dan tujuh sekolah
rendah.
Chuping yang pernah mencatatkan kepanasan suhu melebihi 40.1 Celsius
pada 9 April 1998 diisytiharkan sebagai kawasan terpanas di Malaysia,
dan semalam merekodkan 38 darjah Celsius.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment