Wednesday, March 23, 2016
Banglo Ada Hantu - Guan Eng Akan Jemput Wartawan Jadi Saksi??
Kecoh didalam media sosial mengenai punca sebenar Rumah Banglo Mewah
Ketua Menteri P.Pinang dijual dengan harga yang sangat murah. Menurut
seorang warga tempatan didalam laman sosial Facebook, rumah Banglo
berkenaan sebenarnya BERHANTU!!!
Katanya, rumah Banglo Mewah berkenaan tidak ada orang yang mahu beli kerana sebelum ini terdapat kes bunuh diri didalamnya.
"Mrs Phang mahu jual rumah itu lepas dapat tahu ada hantu orang bunuh
diri dalam rumah itu, Orang Penang semua tahu, tapi Mrs Phang orang luar
tak tahu. Orang Penang tak mahu beli rumah itu sebab tau ada hantu
kacau. Sebab itu Mrs Phang kena jual rumah itu harga murah. Harga
lelong.." tulis individu berkenaan.
Ini bermakna, Guan Eng bukan sahaja seorang yang sangat bijaksana
apabila membeli Banglo berkenaan dengan harga murah, tetapi Guan Eng
juga merupakan seorang Ketua Menteri yang tidak takutkan HANTU.
Jika sebelum ini Guan Eng telah menjemput wartawan media untuk melihat
sendiri kawasan banglonya pada waktu siang, ada khabar mengatakan Guan
Eng sekali lagi akan menjemput media untuk merasai sendiri pengalaman
melihat hantu di banglonya pada waktu malam.
Dan jika benar khabar angin berkenaan, Guan Eng merupakan Ketua Menteri
pertama didalam dunia yang sangat hebat apabila mampu bersama wartawan
menjelajah dunia hantu di kediaman sendiri.
Orang P.Pinang seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang Ketua
Menteri yang sangat pemberani dan langsung tak takutkan apa-apa. Jika
hantu pun Guan Eng tak takut, apatah lagi pula untuk takutkan agensi
kerajaan seperti SPRM.
Sebab itulah Guan Eng sekarang berada di Hainan China. Bukan kerana
beliau takut pada siasatan SPRM, tetapi Guan Eng mungkin mahu mencari
tangkal yang ampuh bagi menjinakkan pegawai-pegawai pencegah rasuah yang
bakal "menghantui" hidupnya selepas ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment