Thursday, March 10, 2016
Bimbang Sokongan Tun M Pada Deklarasi Rakyat 'Makan Diri' - Pemimpin Akar Umbi
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya lebih berhati-hati
sebelum menjalinkan kerjasama politik dengan pembangkang menerusi
Deklarasi Rakyat baru-baru ini.
Pemimpin Umno, Anuar Abdul Manap berkata dokumen yang ditandatangani
bekas perdana menteri kelima itu, yang kononnya mahu memaksa Datuk Seri
Najib Razak berundur akhirnya memakan diri selepas pembangkang tiba-tiba
mengumumkan agenda utama deklarasi tersebut adalah untuk membebaskan
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini meringkuk dalam Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah
Persekutuan mensabitkannya bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya,
Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
"Pembangkang suka mencari peluang dan melihat Tun M sebagai peluang mereka untuk mengetengahkan isu berkaitan Deklarasi Rakyat.
"Soal melepaskan Anwar di dalam sidang media PH (Isnin lalu) pun hanya
diperjuangkan PKR. Bukannya hasil gabungan daripada semua pakatan.
Nampak mereka pun tidak bersatu dalam hal ini," katanya ketika ditemui
Antarapos, hari ini.
Isnin lalu, Pakatan Harapan (PH) bertegas pembebasan Anwar adalah teras
perjuangan Deklarasi Rakyat yang kini didokong pembangkang, Mahathir,
anaknya Datuk Seri Mukhriz serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan
Seri muhyiddin Yassin.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika
mengumumkan perkara itu turut berkata penglibatan Mahathir dalam
deklarasi itu menunjukkan beliau bersetuju dengan agenda PH yang mahu
institusi tertentu yang 'memangsakan' Anwar dirombak.
Anuar kemudiannya menasihatkan kepada semua ahli politik agar lebih
berhati-hati dan tidak mudah melatah jika dihimpit kontroversi atau
sesuatu yang tidak memihak kepada mereka.
"Nak kata dipermainkan atau apa, saya tidak pastilah. Tetapi
memandangkan sebagai orang yang ada nama dan pengikut, beliau kena
berhati-hati di masa akan datang.
"Jangan melatah apabila ada yang hendak menyokong, sebab mereka yang nak
menyokong kita ini biasanya ada udang di sebalik batu, ada perkara yang
meibatkan kepentingan mereka akan diketengahkan.
"Termasuklah apa yang cuba dilakukan PKR. Walaupun deklarasi itu tak
meletakkan Anwar untuk dilepaskan tetapi mereka ambil kesempatan pada
sudut yang lain untuk istiharkan deklarasi ini untuk menyatakan Anwar
dianiaya," ujar Anuar.
Anuar, yang juga Ahli Parlimen Sekijang menasihatkan pembangkang dan
rakyat tidak menggunakan kekerasan sekiranya benar-benar mahu
menyingkirkan Najib.
Sebaliknya menunggu pilihan raya umum yang akan datang yang dalam tempoh dua tahun akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment