Monday, March 21, 2016
Dituduh Pembohong, Guan Eng Dituntut Mohon Maaf
GEORGE TOWN : Seorang Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang
dituduh berbohong oleh Lim Guan Eng berhubung isu tunda kereta menggesa
Ketua Menteri itu memohon maaf secara terbuka kepadanya.
Selain itu, Dr Lim Mah Hui turut meminta 12 ahli majlis yang lain berbuat perkara yang sama kepadanya.
Dr Lim berkata Guan Eng mengeluarkan kenyataan fitnah terbuka
terhadapnya pada 12 Mac lalu apabila menuduh beliau sebagai "wira
pembohong" dan "berbohong" tidak kurang daripada tujuh kali.
Berdasarkan klip video perbincangannya dengan Guan Eng pada 29 Februari
lalu, Dr Lim berkata beliau hanya menyatakan bahawa apabila unit
penguatkuasaan majlis mula menunda kereta kira-kira empat tahun lalu,
hanya satu atau dua kereta telah ditunda sebulan menggunakan satu atau
dua trak.
"Kemudian saya terus mengatakan bahawa selama ini terdapat beberapa
penambahbaikan dan pada masa ini terdapat lima trak tunda, setiap
pasukan menunda purata 2.5 kereta setiap hari," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment