Monday, March 21, 2016

Iklan Bebaskan Anwar : Adakah Azmin Pura-Pura Bodoh?

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
azmin anwar
Saya merasakan amat lucu apabila Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali menyuarakan persoalan tentang apa yang hendak ‘ditakutkan’ pada iklan-iklan gergasi berhashtag mahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari hukuman penjara.

Kononnya, iklan berkenaan tidak mendatangkan sebarang bahaya pada masyarakat umum dan dia sebaliknya memesongkan pandangan kepada ‘jenayah ragut yang membahayakan orang ramai di jalanan’ untuk tidak bertumpu pada iklan terbabit.

Saya faham apa yang dimaksudkan Azmin itu. Namun apa yang saya tidak faham ialah bagaimana seorang Menteri Besar yang berkelulusan tinggi sepertinya memiliki cara berfikir yang sangat cetek dan seolah-olah cuba berlakon ‘bodoh’ untuk memperbodohkan rakyat.

Kita semua maklum bahawa Anwar adalah pemimpin ‘dewa’ PKR. Malah PKR tidak akan lahir di Malaysia tanpa Anwar. Sejarah penubuhan parti yang nama asalnya ‘Keadilan’ itu menunjukkan Anwarlah penyebab utama parti itu ditubuhkan setelah dipecat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun sejarah juga menjelaskan bahawa Anwar ketika dipecat dulu diheret ke mahkamah atas tuduhan liwat. Cuma, kes liwat pertama Anwar itu digugurkan atas sebab teknikal walaupun mahkamah mengesahkan wujudnya perlakuan liwat itu.

Di atas nama keadilan, Anwar dibebaskan dari tuduhan tersebut. Namun dari kes itulah tercetusnya jenama ‘Aljuburi’ yang pernah diungkap rakan-rakan Anwar sendiri seperti Mat Sabu dan sebagainya. Malah adik Azmin sendiri, Umi Hafilda sering mengungkapkan nama itu berulang kali.

Namun Anwar tidak terlepas bagi tuduhan kes liwat II yang membabitkan mangsa, Saiful Bukhari Azlan. Faktanya, memang Anwar didapati bersalah oleh mahkamah atas jenayah yang dia lakukan sendiri. Ia dibicarakan secara adil dan terperinci selama hampir 7 tahun.

Jadi, adalah jelas bahawa Anwar diputuskan ‘beyond reasonable doubt’ sebagai bersalah. 

Keputusan itu turut meletakkan Anwar sebagai penjenayah. Mengambil semangat Rukunegera dan perlembagaan persekutuan, sekiranya keputusan itu tidak diterima maka ia boleh dianggap menghina mahkamah.
anwar berahim senyum
Justeru itu, adalah tidak benarlah apa yang diiklankan di papan iklan tersebut yang mendakwa Anwar itu adalah ‘mangsa tahanan politik’. Sedangkan, terma ‘tahanan politik’ itu hanya layak digunapakai bagi tokoh politik seperti Aung San Suu Kyi di Filipina atau Nelson Mandela di Afrika.

Di Malaysia, beberapa pemimpin pembangkang yang mempunyai pengalaman ditahan di bawah ISA dulu pun pernah mengklasifikasikan diri mereka sebagai ‘tahanan politik rejim Mahathir’. Untuk kes tersebut, Azmin boleh rujuk pada Dr Mahathir sendiri yang kini menjadi ‘sahabat baiknya’.

Apa yang bahaya dengan papan iklan berkenaan? Tidakkah Azmin terfikir bahawa iklan itu membawa ideologi menghina mahkamah dan mencetus provokasi untuk membakar emosi rakyat dengan pemikiran yang salah?

Kempen bersifat propaganda yang mendorong ideologi adalah salah satu strategi yang baik. 

Walaupun tidak benar, tidak tepat dan mengelirukan, namun jika ia sering dimomokkan maka ia akan dianggap benar dan ramai masyarakat yang berminda lemah akan mudah terpengaruh.

Anwar adalah seorang yang disahkan melakukan jenayah. Statusnya sama dengan banduan lain yang didapati bersalah melakukan jenayah oleh mahkamah. Bezanya, Anwar adalah seorang ahli politik, manakala banduan lain melakukan pekerjaan biasa yang lain.

Apakah hanya kerana Anwar merupakan ahli politik maka dia ‘kebal’ dari sebarang kesalahan? Datuk Mokhtar Hashim misalnya juga merupakan seorang ahli politik dan merupakan seorang menteri yang didapati bersalah atas jenayah yang dilakukan. Namun dia tidak pula mendakwa dirinya ‘mangsa tahanan politik’ meskipun pengakhirannya ialah ‘tali gantung’.

Lagipun, sekiranya seorang pembunuh atau pengedar dadah dilepas sewenang-wenangnya, dikhuatiri dia akan kembali membunuh atau mengedar dadah semula. Mungkin juga seorang peliwat yang dibebaskan sewenang-wenangnya akan membawa bahaya untuk dia meliwat mangsa lain pula, bukan?

Jadi, apa istimewanya Anwar untuk dibebaskan dari hukuman jenayah yang dia lakukan? 

Sekiranya kempen membebaskan Anwar adalah wajar, apakah wajar juga banduan-banduan lain yang sedang menjalani hukuman turut menggesa ahli keluarga, sahabat handai dan penyokong mereka berkempen bagi membebaskan mereka dari hukuman penjara?

Bagaimana pula dengan mangsa-mangsa jenayah dan keluarga mereka? Apakah mereka juga perlu memasang papan iklan berkempen mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman terhadap banduan yang melakukan jenayah terhadap mereka?

Bahaya propaganda yang mendorong ideologi memanglah tidak boleh dizahirkan seperti jenayah ragut. Budak darjah satu pun tahu tentang itu. Namun, menyemai ideologi yang salah pada pandangan saya adalah lebih merbahaya dari jenayah di depan mata untuk jangka masa panjang.

Saya berharap Azmin pergilah bercuti seminggu dua. Mungkin otak dan akalnya gagal berfungsi sejak akhir-akhir ini setelah bertemu dengan bekas ‘bos lama’nya baru-baru ini. 

Mungkin bercuti mampu menenangkan dirinya sedikit untuk berfikir secara waras dan rasional…

Fikir-fikirkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment