Wednesday, March 23, 2016

Mari Baca KM Penang Pandailah Pusingnya..... Taman Manggis : Kegunaan Tanah Diubah Selepas Dijual

GEORGE TOWN : Naib Pengerusi Gerakan Tanjong H’ng Khoon Leng mahu kerajaan Pulau Pinang menjelaskan sebab sebidang tanah seluas 1.1 ekar di Taman Manggis ditukarkan daripada kemudahan untuk kesihatan kepada kebanyakannya buat kegunaan hotel serta suite perkhidmatan.

Tujuh puluh peratus daripada Taman Manggis yang terletak di persimpangan Jalan Burma dan Jalan Zainal Abidin di sini, kini akan dibangunkan untuk hotel dan suite perkhidmatan manakala 30 peratus lagi untuk kemudahan kesihatan.

Katanya, kegunaan tanah itu diubah selepas ia dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) Sdn Bhd melalui tender terbuka pada 2011.

“Ini jelas memberi kelebihan komersial kepada syarikat itu kerana tanah berkenaan ini bernilai lebih mahal,” kata H’ng kepada pemberita selepas beliau dan beberapa pemimpin Barisan Nasional membuat laporan polis mengenai perkara itu di ibu pejabat polis Bandaraya George Town di sini.

Katanya nilai tanah mahal itu membolehkan pemiliknya membina sebuah hotel di tapak berkenaan, sambil menambah penukaran kegunaan tanah itu adalah “luar biasa dan memeranjatkan.”

“Ia umpama memenangi kereta Proton Saga kemudian diubahkan menjadi Mercedes-Benz. Adakah ini adil kepada rakyat Pulau Pinang?” beliau bertanya.

Katanya, urus niaga tanah itu merugikan rakyat Pulau Pinang, terutama mereka yang miskin bandar yang kini hilang peluang memiliki kediaman kos rendah di bandar raya.

Dalam laporan mereka, H’ng dan lain-lain mendakwa terdapat elemen penipuan dalam urus niaga Taman Manggis dan menggesa polis supaya menjalankan siasatan menyuluruh terhadap isu itu.

H'ng juga melampirkan surat dialamatkan kepada pemilik tanah dari Pejabat Tanah Daerah Timur Laut bertarikh Disember 7, 2011, yang menguatkuasakan penukaran penggunaan tanah.

Asalnya, Taman Manggis bertujuan digunakan untuk kediaman kos rendah dengan fasa pertama sepatutnya siap pada 2005.

Bagaimanapun, kerajaan negeri dipimpin DAP mendakwa tanah berlebihan, seluas 0.4 hektar terlalu kecil untuk unit kos rendah lalu menjualnya kepaa KLIDC.

KLIDC membeli tapak itu dengan harga RM232 kaki persegi atau RM11.5 juta ketika Barisan Nasional bersedia untuk membelinya dengan harga RM22.4 juta bagi membina rumah kos rendah untuk penduduk miskin bandar.

“Syarikat KL itu mendapat tapak berkenaan walaupun tawarannya hampir RM10 juta lebih murah daripada harga BN,” kata H’ng. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment