Friday, March 18, 2016

Mengapa Lim Kit Siang Mengajak Orang Melayu Dan Islam Menyertai DAP......??

Tanpa sokongan orang Melayu mereka tidak akan berjaya menguasai atau memenangi kawasan2 yang majoriti Melayu.Tanpa orang Melayu mereka juga sukar memenangi banyak kerusi sama ada kerusi DUN atau Parlimen. Mereka hanya berjaya menguasai kerusi DUN atau Parlimen kawasan bandar sahaja.

Mereka cuba memikat orang Melayu terutama yang berpendidikan tinggi, ahli agama yang dihormati dan orang Melayu yang berpengaruh. Orang2 Melayu ini akan dicalonkan dalam pilihanraya. Mereka akan diletakkan bertanding di kawasan2 majoriti Melayu.

Perlu diingat bahawa DAP pernah membariskan ramai calon Melayu pada pilihan raya pada tahun 70an, tetapi bertindak mengenepikan Melayu selepas mendapati parti itu mendapat sokongan besar kaum Cina.

Eksperimen mereka bukan baru setahun dua tetapi sejak dahulu lagi. DAP pernah menurunkan 11 calon Melayu daripada 33 kerusi DUN yang ditandingi di Perak pada 1974 dan 25 calon Melayu daripada 38 kerusi yang ditandingi pada 1978.

Pada PRU13 DAP telah memenang 2 kerusi parlimen yang oleh calon Melayu iaitu Zairil Khir Johari (bukan Melayu yang sebenarnya) di Bukit Bendera, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menang di Raub dan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi DUN Mentakab.

Mereka mendekati dan memujuk orang melayu menyertai DAP. Ahli2 dan pemimpin UMNO yang kecewa dengan DS Najib akibat termakan fitnah pembangkang cuba dipikat untuk menyokong dan bersama mereka.

Ini semua memberi gambaran bahawa DAP sedang berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati orang Melayu bagi menyokong perjuangan mereka terutama selepas menamatkan kerjasama politik dengan PAS.

DAP barangkali sudah belajar daripada kesilapan mereka di Perak dan Selangor kerana terlepas peluang menguasai pentadbiran ke dua-dua negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat sebelum ini.

Parti itu mempunyai lebihan kerusi DUN di Perak dan Selangor berbanding PKR dan PAS tetapi kerana tiada calon Melayu yang boleh dilantik sebagai Menteri Besar, jawatan itu terpaksa diserahkan kepada PAS di Perak.

Di Selangor pula, walaupun difahamkan ada konsesus menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada PKR, namun tidak mustahil jika DAP terus memiliki kerusi DUN yang banyak, parti itu akan menuntut jawatan tersebut.

Oleh itu, DAP cuba bertindak lebih matang dengan cadangan menambah lebih ramai calon Melayu pada PRU 14.

Antara yang disebut-sebut akan dicalonkan adalah Young Syefura Othman, Dr Abdul Aziz Bari, Edry Faizal Eddy Yusof, Sheikh Omar Ali dan Abdul Aziz Isa.

The Malaysian Insider melaporkan, Aziz Isa mungkin paling awal diumumkan DAP sebagai calon kerana akan bertanding di salah sebuah kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan pada Mac akan datang.

Parti pembangkang majoriti Cina itu juga dilaporkan bakal menamakan bekas aktivis PAS Sheikh Omar sebagai calon di Johor.Beliau kini memegang jawatan sebagai penolong setiausaha publisiti DAP Johor.

Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Industri Selangor (Unisel) dijangka dinamakan DAP sebagai calon DUN di kawasan Ampang, Selangor.

Yang terbaru adalah Mejar TUDM yang dipecat telah dilantik sebagai Pegawai Penerangan Ketua menteri Pulau Pinang. Beliau mungkin akan dicalonkan sebagai calon DAP pada PRU14.

Perancangan mereka adalah menguasai negeri2 pantai barat bermula dari Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Melaka, Negeri 9 dan Johor dengan apa yang disebut sebagai 'The Chinese Belt'. Mereka telah menguasai ekonomi di negeri2 dan wilayah tersebut.

Jika mereka menang di Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan mudah mereka akan memerintah kerana tidak tertakluk kepada syarat seperti negeri2 yang mempunyai Sultan atau Raja.

Jika pembangkang menang dengan majoriti 2/3 dan didominasi oleh DAP tidak mustahil Singapura akan menyertai malaysia semula. Dengan 83 kerusi dimiliki PAP di Singapura apabila menyertai Malaysia semula akan menyebabkan DAP bertambah kuat dan akhirnya akan menyingkirkan PKR dan PAN untuk memerintah sendirian. MP2 bukan Melayu dalam PKR dan PAN yang menang tidak mustahil akan menyertai DAP. Begitu juga dengan MP2 Cina dalam BN yang menang juga akan menyertai mereka. Keadaan ini akan menyebabkan DAP bertambah kuat.

Bila mereka sudah kuat dan mempunyai majoriti 2/3 tidak mustahil Sultan dan Raja2 Melayu akan disingkirkan dan Perlembagaan akan dipinda atau dibuang dan diganti dengan perlembagaan baru. Ketika itu tercapailah cita-cita mereka menjadikan Malaysia sebagai sebuah REPUBLIK.

Adakah ini satu perkara yang mustahil akan berlaku .....? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment