Thursday, March 10, 2016

Najib Razak Bebas Dari Sebarang Tuduhan Rasuah - Azalina Othman

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/10/Azalina-Othman.jpg
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas dari sebarang jenayah rasuah.

Pengesahan tersebut merujuk kepada hasil siasatan terhadap dakwaan yang membabitkan skandal derma politik RM2.6 billion dan isu anak syarikat 1MDB, SRC International. Kesemua isu terbabit kerap dibangkitkan oleh ahli pembangkang bagi menjerat Perdana Menteri. Mereka menuduh Najib menerima rasuah dari syarikat terbabit.

Disebabkan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said  membuat kesimpulan bahawa hasil siasatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Perdana Menteri selama ini melakukan kerja yang bersih. Langsung tidak terjebak dengan sebarang urusan mengambil atau memberi rasuah.

“Berdasarkan semua fakta keterangan saksi, Peguam Negara berpuas hati bahawa Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah.

“SPRM juga mengesahkan RM2.6 bilion adalah dana yang didermakan oleh keluarga Diraja Arab Saudi,” katanya.

Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menjawab kepada persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Parlimen hari ini. Mahfuz menyoal mengenai RM42 juta yang didakwa, dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib oleh SRC International.

Bukan itu sahaja, dalam jawapan bertulisnya Azalina sekali lagi menegaskan SPRM telah menyiasat dan mengesahkan Perdana Menteri tidak melakukan kesalahan rasuah dalam kes SRC International.

Sekiranya ahli pembangkang dan rakyat masih beranggapan bahawa Perdana Menteri sememangnya terlibat dalam jenayah rasuah. Itu bermakna pemikiran mereka tidak dapat berfungsi dengan baik. Mungkin juga iman mereka lemah kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment