Monday, March 21, 2016

Rafizi Fitnah CEO Pelaburan MARA...

Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA Berhad (PMB) Ahmad Nazim Abd Rahman membuat laporan polis terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) berhubung apa yang dikatakan fitnah terhadapnya.

Ahmad Nazim berkata laporan itu susulan dakwaan yang mengaitkan beliau dalam urusniaga hartanah Dudley House milik MARA Inc Sdn Bhd, di Australia tahun lepas.

Menurutnya kenyataan Rafizi, anggota Parlimen Pandan itu menjatuhkan maruah dan reputasinya sebagai anggota kerja MARA.

Ahmad Nazim bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, petang tadi.

Isu itu timbul selepas akhbar Australia, The Age dalam laporannya mendakwa, beberapa pegawai tinggi MARA dan seorang bekas ahli politik telah membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan Malaysia untuk membeli sebuah blok pangsapuri, Dudley International House di Melbourne.

Ahmad Nazim berkata beliau tidak terlibat dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh MARA Inc Sdn Bhd.

"PMB dan MARA Inc adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah tersendiri.

"MARA Inc juga bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan melantik peguam bagi memfailkan saman berhubung isu berkenaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment