
Wednesday, March 23, 2016
Sabah Tawar Kemudahan Perubatan Setanding Negara Maju – Musa Aman

KOTA KINABALU : Sabah menawarkan kemudahan perubatan
setanding negara maju dengan kewujudan pusat-pusat perubatan swasta,
kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata kedudukan geografi Sabah yang terletak berhampiran
Kalimantan Utara, Indonesia juga memberi kelebihan kepada rakyat dari
negara itu untuk mendapatkan khidmat perubatan di Sabah.
“Justeru pesakit dari negara jiran perlu memanfaatkan kemudahan
perubatan di hospital-hospital swasta yang terdapat di Sabah
memandangkan mutu perubatan di hospital tersebut adalah setanding dengan
negara-negara maju,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau hari ini menerima kunjungan Ketua Kepala Perwakilan Republik Indonesia di Tawau, Abdul Fatah Zainal.
Dalam pertemuan tersebut, Abdul Fatah dilapor memaklumkan bahawa
terdapat usaha untuk menaik taraf pejabat konsul Republik Indonesia di
Tawau bagi memberikan perkhidmatan lebih baik dan efisien yang sekali
gus meningkatkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.
Turut hadir ialah RDM Johan Mulyadi, Konsul Penerangan di Pejabat Konsul Indonesia di Tawau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment