Wednesday, March 23, 2016
Saman Najib : Annuar Musa Sifatkan Mahathir Akui Gagal Di Medan Politik
KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa
melihat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memilih untuk pergi ke mahkamah
menunjukkan beliau telah gagal pendekatan secara politik berhubung
tindakannya sebelum ini terhadap Datuk Seri Najib Razak seperti seruan
terhadap ketua cawangan dan sebagainya lagi.
Menurut beliau saman yang difailkan oleh Mahathir terhadap Najib
seterusnya memperlihatkan nada politik yang jelas apabila melihat kepada
jumlah angka dan sebagainya lagi yang diletakkan menerusi
saman terbabit.
“Apabila
kita tengok dakwaaan yang beliau buat di mahkamah, nampak nada politik
yang jelas seperti tuntutan membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6
bilion.
“Tetapi isunya sama juga dalam sistem politik negara kita hari ini
rakyat yang menentukan. Kalau kita bawa benda benar orang akan ikut dan
sokong. Takkan rakyat yang 30 juta salah dan Tun Mahathir sorang betul.
“Adakah bermaksud rakyat di luar sana tidak faham atau kena beli
semua. Ada orang kata tak berani nak buat keputusan kerana takut dengan
Datuk Seri Najib. Saya fikir orang dulu takut zaman Dr Mahathir
memerintah berbanding zaman Datuk Seri Najib,“ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan
pertemuan bersama Biro Publisiti MCA yang diketuai YB Datuk Ho Kok
Chong, di sini, hari ini.
Dr Mahathir, 90, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota UMNO Anina Saadudin, 41,
memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah melakukan
perbuatan salah laku dalam jawatan awam dengan menggunakan kedudukan
beliau sebagai Perdana Menteri, pengerusi Barisan Nasional dan Presiden
UMNO.
Mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Najib yang dinamakan
sebagai defendan tunggal, membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6
bilion dan ganti rugi teruk berjumlah RM42 juta kepada Kerajaan.
Anuar seterusnya menegaskan cara serta tindakan tersebut adalah satu
strategi lain dan beranggapan itu adalah hak Tun Dr Mahathir.
“Dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi, sesiapa pun bebas
pergi ke mahkamah dan kita anggap itu adalah hak beliau. Dan kita tengok
siapa mereka dalam sejarah politik, latar belaklang mereka macam mana,
karakter mereka bagaimana.
“Jika beliau fikir jalan mahkamah biarlah sebab negara kita ada
undang-undang. Maknanya beliau mengakui dan gagal di medan politik
kerana tidak mendapat sambutan dikalangan rakyat terbanyak dan ahli
UMNO,“ katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment