Wednesday, March 23, 2016
Tindakan Saman Menunjukkan Mahathir Terdesak – Salleh
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan betapa
terdesaknya beliau melalui tindakan terbarunya terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk
Seri Dr Salleh Said Keruak.
“Beliau dalam keadaan terdesak,” katanya merujuk kepada saman yang
difailkan oleh Dr Mahathir dan dua pihak lagi di pejabat pendaftar
Mahkamah Tinggi Sivil hari ini terhadap Perdana Menteri.
“Tun
Mahathir cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri melalui UMNO. Beliau
gagal. Tun Mahathir cuba mengemukakan usul undi tidak percaya di
Parlimen. Beliau gagal. Sekarang Tun Mahathir cuba untuk menyaman.
Tuduhannya adalah palsu, jadi beliau akan gagal lagi,” kata Salleh dalam
satu kenyataan.
Dr Mahathir, 90, bekas naib ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan, 54, dan bekas anggota UMNO Anina Saadudin, 41,
memfailkan saman terhadap Najib berhubung dakwaan salah laku membabitkan
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mereka memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Najib telah melakukan
perbuatan salah laku dalam jawatan awam dengan menggunakan kedudukan
beliau sebagai Perdana Menteri, pengerusi Barisan Nasional dan Presiden
UMNO.
Mereka memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya Najib yang dinamakan
sebagai defendan tunggal, membayar ganti rugi teladan berjumlah RM2.6
bilion dan ganti rugi teruk berjumlah RM42 juta kepada Kerajaan.
Mengulas lanjut mengenai tindakan saman itu, Salleh berkata: “Tun
Mahathir telah kehabisan opsyen. Tindakan ini menunjukkan beliau sudah
tidak ada lagi saluran politik untuk digunakan.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment