Wednesday, March 23, 2016
Sandiwara Guan Eng... Suruh SPRM Cepatkan Siasatan, Dia Terbang Ke China
Drama minggu ini... bagi yang biasa tengok cara politik Lim Guan Eng,
ada yang kata kali ini Ketua Menteri Pulau pinang itu 'gelabah lain
macam'.
Ini selepas pendedahan demi pendedahan yang dibuat mengenai pembelian rumah tanpa kolam renang dibawah harga pasaran.
Selain pemimpin DAP dan PKR yang tidak ghairah mempertahankan Guan Eng,
empunya diri nampaknya sedang 'membeli masa' dengan terbang ke China
kononnya atas urusan rasmi.
Setiausaha Politik beliau, Wong Hon Wai memberitahu Guan Eng hanya boleh
memberi dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
memberi keterangan pada minggu hadapan.
Dalam masa yang sama, Guan Eng meminta supaya SPRM menyegerakan siasatan
ke atas pembelian banglo miliknya di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah
yang dimaksudkan untuk projek rumah kos rendah di Taman Manggis.
Bagi Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul
Rahman Dahlan, Guan Eng perlu menghentikan drama murahan dan sikap
kebudak-budakan dalam menangani isu pembelian banglonya.
Sehingga kini kata Rahman, Guan Eng masih gagal memberikan hujah balas bagi menyangkal dakwaan terhadapnya.
“Saya masih menunggu jawapan beliau. Tidak ada guna bawa wartawan
berkunjung ke rumahnya dan membuat muka monyok ketika bergambar bersama
isteri kerana ia tidak mampu dijadikan bukti beliau tiada kaitan dalam
isu pembelian banglo dan tanah di Taman Manggis.
“Semua itu saya lihat sebagai drama murahan dan menonjolkan sikap
kebudak-budakan beliau dalam menangani isu besar tersebut,” katanya.
Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, tindakan Guan Eng bergambar
dengan menunjukkan kerusi kosong yang sepatutnya diduduki oleh Ahli
Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya sambil minum kopi di
pejabatnya dilihat sebagai cubaan yang gagal untuk membangkitkan isu
sampingan.
“Setakat ini, saya lihat Guan Eng menggunakan taktik drama dan retorik
untuk mempertahankan diri, bukannya melalui hujah serta bukti yang
kukuh.
“Jangan ingat rakyat boleh tertipu dengan cara kebudak-budakan beliau menangani itu,’’ katanya.
Sementara itu, nilai sebenar banglo tersebut ialah RM4.27 juta dan
perkara itu terkandung dalam notis taksiran pindah milik harta tanah
Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada Guan Eng, Ogos lepas.
Pemuda UMNO Pulau Pinang telah memperoleh salinan notis bertarikh 27
Ogos 2015 itu yang menyatakan Guan Eng perlu membayar duti setem
sebanyak RM122,100 berdasarkan nilai pasaran rumah itu ialah RM4.27.
Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim menunjukkan salinan itu kepada pemberita
sebelum membuat laporan kepada SPRM pada Isnin berhubung isu pembelian
banglo itu.
Semalam, Lim, ketika membawa pemberita melawat rumahnya, dilapor berkata
beliau tidak mengetahui nilai pasaran banglo dua tingkat yang dibeli
dengan harga RM2.8 juta itu kerana beliau bukan ejen hartanah.
Rafizal berkata adalah mustahil setiausaha agung DAP itu tidak tahu nilai harga pasaran sebenar rumah yang dibelinya itu.
"Biasanya kita akan semak dulu sebelum kita beli. Beli rumah ni adalah
satu perkara yang cukup besar. Mesti kita tahu nilai pasaran berapa,"
katanya.
Pembelian rumah banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi
kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin
Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis
lepas.
Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang,
turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian
ke atas hartanah berkenaan.
Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di
Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah
Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment