Wednesday, March 23, 2016
Hello Azmin… Apa Jadi Kalau Ada Orang Nak Pasang Billboard ‘ANWAR LIWAT’?
Lu fikirlah sendiri… orangnya sekolah tinggi, jawatan pula Menteri Besar, Timbalan Presiden PKR dan kini sudah bergelar Datuk Seri.
Ada akai ke orang begini boleh cakap apa nak bising-bising pasal
billboard ‘ Bebas Anwar’ yang di pasang sana sini sekitar Selangor.
Selain di Selangor billboard ini juga di pasang di negeri Pakatan di
Pulau Pinang dalam kempen tuntut Anwar bebas dari hukuman penjara kes
liwat Saiful Bukhari Azlan.
Sabtu lalu,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar minta pihak
berkuasa tempatan di Selangor turnkan billboard yang berunsur provokasi
itu.
Menurut beliau perkataan yang kata Anwar adalah tahanan politik adalah berunsur hasutan.
Sejak itu ramai yang tertunggu-tunggu nak dengar apa reaksi Menteri Besar Selangor itu.
Ewah…hebat sungguh lagak Azmin.Macam seolah mencabar pula.
Kalau bukan polis yang nak jaga keamanan siapa lagi yang Azmin nak harapkan jika jadi sesuatu?
Ditemui wartawan selepas satu majlis di Shah Alam Isnin Menteri Besar ini cakap billboard itu bukan cetus masalah atau jenayah.
“Apa nak takut pada billboard,”katanya.
Ikut cakapnya lagi lebih baik keluarkan arahan cegah jenayah segala macam yang semakin meningkat sekarang.
Katanya polis harus tumpu pada isu lebih besar dari fokus pada billboard.
Ditanya apakah pihak berkuasa tempatan di Selangor akan turunkan
billboard itu,Azmin kata beliau nak tunggu surat rasmi dari Ketua Polis
Negara.
Katanya setakat ini beliau belum terima surat itu dan jika terima nak tahu apa salah pasang billboard itu.
Aduh mak…Azmin oh Azmin.
Sikit saja mau tanya…apa kata Menteri Besar itu jika misalnya ada pihak
lain pula nak bertindak balas pasang pula billboard ‘Anwar liwat’ di
sana ini di Selangor,Pulau Pinang atau di negeri-negeri lain.
Ada jaminan tidak nanti akan dengar komen Azmin yang konsisten kata ‘apa
masalahnya… billboard Anwar liwat bukan bukan boleh cetuskan masalah
dan jenayah’.
Mungkinkah Azmin tersenyum gembira ,berlapang dada dan tenang menerimanya?
Harap-harap jangan pulak nanti puaknya dan sewaktu dengan mereka kata aku buat boleh. ..orang lain tak boleh.
Lojiknya bukankah samaada billboard ‘ Bebas Anwar’ atau billboard ‘ Anwar liwat’ boleh cetuskan ketegangan antara penyokong.
Bila sebut suasana yang tegang itu selalunya dikaitkan dengan apa?
Kejadian NGO yang diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunus baru-baru ini
‘gempur’ billboard Anwar jelas boleh jadi satu contoh…billboard itu
boleh cetuskan kekecohan.
Soalnya sekarang apa perlu saling nak provokasi dalam bab ini.
Juga siapa yang mula dulu?
Undang-Undang negara jelas.
Keputusan Anwar bersalah meliwat dibuat oleh penal hakim di mahkamah bukan di warung kopi tepi jalan.
Anwar buat jenayah liwat…jawabnya sendiri tanggong.
Mahukah Azmin melihat penjenayah-penjenayah lain dalam penjara juga nak
tuntut kebebasan ...pasang billboard masing-masing di serata ceruk
jalan.
Kalau untuk Anwar boleh…kenapa orang lain tidak boleh.
Apa kata Azmin usul undang-undang baru di Dewan Undangan Negeri Selangor
benarkan mana-mana penjenayah pasang billboard ala-Anwar di negeri
itu.
Tentu menarik lihat segala macam penjenayah,perogol,perompak,pembunuh ‘ berpesta’ tuntut kebebasan menerusi billboard.
Alamat jadi kartun negara ini.Tak gitu Azmin?
Isu di depan mata ini mudah saja.
Jenayah dengan politik adalah dua hal yang berbeza.Liwat tetap liwat.
Kata orang nak main politik lantaklah.Tapi ada hadnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment