Monday, March 21, 2016
Shabudin Tolak Cabaran Guan Eng
PETALING JAYA : Kontroversi pembelian sebuah banglo dua tingkat oleh Lim
Guan Eng masih belum berakhir selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk
Shabudin Yahaya menolak tawaran Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk
bersemuka.
Menerusi jemputan media yang dihantar pejabatnya pada Sabtu malam, wakil
rakyat Barisan Nasional (BN) itu sebaliknya berkata akan mengadakan
sidang media berasingan di pejabat Umno pada pukul 11 pagi Ahad - masa
yang sama ditetapkan Lim untuk diadakan pertemuan.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini dikaitkan dengan kontroversi kerana didakwa membeli banglo berkenaan di bawah harga pasaran.
Shabudin yang membuat pendedahan di Parlimen Khamis lalu mendakwa bahawa
rumah diatas 10.161 kaki persegi (943,98 meter persegi) tanah itu
dibeli oleh Lim pada 25 Oktober tahun lalu dengan harga RM2.8 juta.
Menurut Shabudin, nilai pasaran hartanah itu adalah antara RM6 juta dan RM6.5 juta.
Lim kemudian mencabar Shabudin untuk mengadakan pertemuan bagi mencari kebenaran di pejabatnya di Komtar pada Ahad.
Tuduhan itu juga telah menarik perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), apabila badan itu berkata akan membuka kertas siasatan
mengenainya selepas menerima aduan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment