Thursday, March 10, 2016

Zahid Sifatkan Masalah Mat Said Perkara Kecil

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/03/Ahmad-Zahid-Hamidi.jpg
Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tindakan meroyan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman adalah satu perkara yang kecil.

Zahid berkata, isu mengenai tindakan Ahmad Said itu tidak perlu dibesar-besarkan kerana perkara itu boleh diselesaikan melalui mekanisme dalaman Umno.

Tambah Zahid, susulan tindakan Ahmad Said yang tiba-tiba meroyan itu, beliau ada menghubungi Menteri Besar Terengganu serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).

 Semua Adun menyatakan kepercayaan terhadap Ahmad Razif selaku Menteri Besar Terengganu kecuali Ahmad Said.

"Janganlah kita sengaja besar-besarkan isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang sebenarnya ibarat 'ribut dalam cawan' sahaja.

"Saya berhubung dengan Menteri Besar dan beberapa Adun. Saya jangka masalah ini dapat diselesaikan dengan meletakkan kepercayaan kepada Perdana Menteri selaku Pengerusi BN melalui mekanisme yang dipersetujui semua pihak," kata Zahid Hamidi.

Dengan kenyataan Zahid Hamidi ini, apa yang dapat diperkatakan ialah usah melayani karenah Ahmad Said yang didorong oleh seseorang dibelakangnya yang dipercayai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Ahmad Said menafikan bahawa beliau didorong oleh Mahathir untuk bertindak mengemukakan usul undi tidak percaya, tetapi Mahathir adalah suspek utama memandangkan Mahathir kini giat memecah-belahkan Umno/BN.

Justeru, apa yang perlu dilakukan kini ialah akar umbi parti perlu menyokong barisan kepimpinan Najib, sekaligus dapat mengukuhkan kedudukan Umno/BN selaku parti pemerintah pada masa akan datang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment