Wednesday, April 06, 2016
Ahmad Said Patut Bersyukur, Jawatan Tak Kekal... Masa Nak Jadi MB Dulu Pun Ada Masalah Jugak Fikir-Fikirkanlah
KUALA TERENGGANU : Tindakan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang
dilihat tidak berputus asa untuk memastikan berlaku pertukaran menteri
besar di negeri ini disifatkan sebagai dendam.
Timbalan Ketua Penerangan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Terengganu, Abu Bakar Ghani berkata, Ahmad sepatutnya bersyukur kerana
beliau tetap disokong rakyat negeri ini sebagai menteri besar walaupun
pelantikan beliau ketika itu berlaku semasa kemelut menteri besar yang
turut melibatkan Datuk Seri Idris Jusoh, selepas PRU 2008.
Beliau turut memberitahu bahawa Ahmad akan tetap menikmati pencen tidak
seperti pihak-pihak lain yang berpenat lelah berjuang mempertahankan
Umno dan BN.
“Sekurang-kurangnya beliau akan menikmati pencen dan elaun Adun yang
besar lepas bersara nanti. Bahkan ada pejuang-pejuang dan
penceramah-penceramah Umno yang tolong kempen BN tak dapat satu sen
elaun pun dari kerajaan BN Terengganu dan Pusat tetapi tetap setia pada
parti,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Beliau turut meminta Ahmad bermuhasabah bahawa jawatan tidak akan
selama-lamanya kekal kepada mana-mana individu, di samping menguruskan
diri sebaik mungkin dengan kesenangan dan kesihatan yang dinikmati
ketika ini.
Sementara itu, mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad terhadap Umno dan BN, beliau berkata, bekas pemimpin negara itu
tidak berhak bersikap lantang menjatuhkan kepimpinan parti itu apatah
lagi Mahathir bukan lagi ahli Umno.
Menurutnya, sikap Mahathir itu juga dipersoalkan lebih-lebih lagi dengan
tindakannya keluar masuk ke dalam Umno yang pernah dilakukan sebelum
ini.
Beliau berkata, jika Mahathir terlalu agresif mendedahkan kelemahan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas pemimpin itu juga
tidak terlepas daripada beberapa isu dan skandal pada zaman
pentadbirannya.
Antaranya isu kerugian berbilion ringgit dalam Perwaja Steel, tragedi
Memali, Tabung Haji, tabung tentera, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemecatan Ketua Hakim Negara dan
sebagainya.
“Tun Mahathir tak berhak lagi komen tentang Umno kerana beliau bukan
lagi ahli Umno setelah dua kali keluar Umno dan dah dipecat zaman Tunku
Abdul Rahman tetapi diambil dan diterima semula oleh Tun Abdul Razak.
Apakah Tun Mahathir tak kenang jasa Tun Razak hingga beliau telah jadi
Perdana Menteri (selama) 22 tahun dan kaya raya hingga ke anak cucunya,”
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment