Wednesday, April 06, 2016
Proton : Baru Sekarang Mahathir Jelaskan Kenapa Letak Jawatan !!
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memutuskan untuk meninggalkan Proton
kerana tidak mahu menjadi punca kepada ketidakmampuan syarikat kereta
nasional itu untuk kembali pulih “kerana kehadirannya”.
Malah, katanya, beliau sebenarnya mahu melihat Proton kembali pulih dan
maju. Namun rata-rata pemerhati politik berpandangan terlalu lambat
untuk Mahathir memberikan alasan sebegini kerena Proton seakan ‘nazak’
kerana sikapnya yang tidak boleh menerima pandangan orang lain.
Oleh itu, beliau menyeru kepada pemilik dan pembeli Proton, supaya tidak
menjadikan Proton sasaran kerana beliau tidak lagi menjadi pengerusinya
dan menggesa mereka supaya terus menyokong Proton.
Dalam catatat di blog beliau semalam, Dr Mahathir menjelaskan bahawa
beliau tidak dipecat oleh pihak pengurusan atau pemilik Proton.
“Saya buat keputusan saya sendiri, demi Proton, saya harus
meninggalkannya,” kata Dr Mahathir sambil menambah bahawa beliau tiada
dendam terhadap Proton atau pun beliau mahu ia gagal selepas
meninggalkannya.
Katanya, Proton dilihat seolah-olah mempunyai masalah dengan kerajaan
dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui, jualan kereta Proton telah
menjunam secara drastik .
“Saya tahu saya persona non grata dengan kerajaan. Saya tidak mahu
menjadi punca kepada ketidakmampuan Proton untuk kembali pulih kerana
kehadiran saya,” katanya lagi.
Beliau berkata, Proton mempunyai idea-idea yang hebat mengenai memperkenalkan model-model baru yang mempunyai kualiti yang baik.
Menurutnya, pada bulan ini Proton akan melancarkan Perdana baru dan
kemudian pada tahun ini, syarikat itu akan melancarkan Persona dan Saga
baru.
Bekas perdana menteri itu berkata, Proton tidak boleh mengharapkan apa-apa bantuan daripada kerajaan.
“Hanya pemilik dan peminat Proton boleh membantu Proton. Oleh itu, bantulah Proton, pembuat kereta nasional anda,” tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment