
Wednesday, April 06, 2016
Jangan Sekadar Cakap Saja Bebbb !!!! Naik Kadar GST : NGO Mahu Nurul Izzah Disiasat

PETALING JAYA : Polis diminta menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN)
akan menaikkan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun
depan.
Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan
sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai itu dan
tidak pernah berbincang mengenainya di kalangan anggota kabinet.
"Saya minta polis siasat ceramah Nurul Izzah di Dataran Merdeka semalam yang tuduh BN akan naikkan GST,” katanya.
Beliau berkata, Nurul Izzah yang hadir lewat bersama ibunya, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail terus membuat kenyataan berunsur hasutan dan
memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan BN.
"Saya juga mengutuk tindakan pakatan pembangkang yang menganjurkan
himpunan serta menjejaskan kehidupan harmoni rakyat Malaysia di ibu
negara yang mahu membawa keluarga bersiar-siar.
"Mereka sanggup membawa anak-anak kecil berdiri di dalam kumpulan orang
ramai di tengah-tengah cuaca panas yang melampau ketika ini tanpa
menghiraukan risiko mereka terkena serangan ‘strok haba’," katanya.
Menurutnya, beliau kesal apabila ada ahli keluarga yang membenci
kerajaan tidak mengendahkan pesanan Kementerian Kesihatan yang meminta
orang ramai tidak membawa kanak-kanak keluar di kawasan panas kerana
fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.
"Saya lihat himpunan demi himpunan anjuran Pakatan Harapan kini gagal
kerana setiap kali dianjurkan peserta yang hadir cuma sedikit dengan
suasana hambar dengan ceramah yang bosan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment