Wednesday, April 13, 2016
Apakah Tony Pua Tidur Ketika Mesyuarat Dan Siasatan PAC Terhadap 1MDB Dijalankan?
KUALA LUMPUR : Seorang pensyarah Universiti Institut
Teknologi Mara, Prof. Madya Hanafiah Harun berkata bahawa tindakan Ahli
Parlimen Dap, Tony Pua yang berterusan cuba memberikan gambaran negatif
terhadap penyiasatan 1MDB yang telah dimuktamadkan oleh anggota PAC
ternampak jelas bahawa ia hanyalah bermotifkan politik semata-mata.
Beliau juga menyatakan rasa hairannya mengapa Tony Pua masih tidak
berpuas hati dengan hasil penyiasatan PAC berhubung isu 1MDB sedangkan
beliau boleh saja membantah ketika perkara itu masih dalam siasatan.
“Saya
pun pelik mengapa beliau masih lagi bersuara tentang 1MDB sedangkan
rakan-rakan pembangkang yang lain, termasuklah dari partinya sendiri
seperti ahli politik veteran Dap, Tan Seng Giaw yang menegaskan bahawa
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam isu ini
seperti mana yang dituduh pihak tertentu.
“Apakah Tony Pua tertidur masa mesyuarat atau siasatan yang
dijalankan sehinggakan beliau tidak tahu apa yang berlaku dan terus
mempersoalkan perkara tersebut sebaik terjaga dari tidurnya? Atau Tony
Pua sememangnya tidak berminat dengan perkara sebenar kerana kebenaran
yang terhasil dari siasatan PAC itu hanya akan memburukkan imejnya dan
Dap, di mana ianya memberikan gambaran yang secara jelas mereka telah
menabur fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya kira, adalah lebih baik Tony Pua tutup mulut dan hanya bercakap
bila sudah ada bukti nyata di tangan, sepertimana saranan ahli politik
veteran Dap, Dr. Tan Seng Giaw yang meminta beliau diam dan
cukup-cukuplah bercakap bohong,” ujarnya kepada media di sini hari
ini.
Sementara itu, beliau juga menggesa agar pihak berwajib menjalankan
siasatan terhadap Ahli Parlimen PJ Utara itu berhubung dakwaan beliau
membocorkan maklumat siasatan berhubung kes 1MDB kepada pihak tertentu
yang mempunyai kepentingan politik.
“Pihak berkuasa perlu menyiasat samada dakwaan tersebut benar atau
tidak. Jika tidak benar maka tidak mengapalah, tetapi jika benar maka
kita mendesak agar beliau di bawa ke muka pengadilan untuk dihakimi.
“Siasatan ini saya kira amat penting adalah untuk mengembalikan
semula kepercayaan rakyat terhadap intergriti ahli parlimen dan juga
anggota PAC yang sepatutnya menjalankan tugas dengan telus dan tidak
bersikap berat sebelah.
“Jika benar perkara ini, maka beliau secara tidak langsung menjadi
duri dalam daging bagi ahli parlimen dan anggota PAC yang dipercayai
oleh rakyat dengan ketelusan dan bersikap tidak bias dalam apa juga isu
atau kes yang mereka siasat. Secara tidak langsung, perbuatan beliau itu
jika benar ianya berlaku, akan memberikan imej yang buruk kepada ahli
parlimen di negara ini dan juga PAC itu sendiri,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment