Wednesday, April 13, 2016
Dr Zakir Dibenar Berucap, Perlu Tukar Tajuk Ceramah – Zahid Hamidi
PUTRAJAYA : Kerajaan memberi lampu hijau kepada pendakwah
terkenal, Dr Zakir Naik untuk berucap pada satu majlis yang dianjurkan
Universiti Teknikal Malaysia di Melaka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata
pihak berkuasa menarik balik larangan terhadap Dr Zakir selepas kata
putus dicapai bahawa tema forum “Similarities Between Hinduism and
Islam” pada 17 April perlu ditukar.
“Saya
telah bercakap dengan Ketua Menteri Melaka berhubung isu ini dan
memaklumkan beliau mengenai keputusan tersebut,” katanya kepada
pemberita di sini Selasa.
Dr Ahmad Zahid berkata polis tidak membenarkan ceramah tersebut sebelum ini selepas menerima aduan daripada penganut Hindu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Dr Zakir dilarang
memberi ceramah di univerisiti tersebut demi ketenteraman awam dan
sensitiviti agama di Malaysia.
Sebelum ini, Pemuda MIC membuat aduan polis di seluruh negara
manakala Hindraf mendesak kerajaan menghalang penceramah kontroversi itu
memberi ucapan di negara ini.
Dr Zakir yang juga Presiden Yayasan Penyelidikan Islam memulakan siri
ceramahnya di Terengganu pada minggu lalu selepas menerima jemputan
daripada kerajaan negeri itu.
Beliau dijadualkan berucap di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 16 April dalam sebuah forum bertajuk “Is the Quran God’s Word”.
Sementara itu di MELAKA, Idris berkata kerajaan negeri tiada halangan bagi penganjuran syarahan Dr Zakir di UTeM.
“Saya sendiri mengenali Dr Zakir Naik sebagai penceramah yang cukup
luas pengetahuan dan kepakaran dalam bidang agama, malah selain memberi
pengetahuan beliau penggiat kebajikan dikenali dunia,” katanya kepada
pemberita.
Idris berkata beliau juga ditemui sekumpulan penganut agama bagi
memohon beliau membatalkan program tersebut, namun menegaskan kepada
kumpulan itu tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya pegangan agama
masing-masing kukuh.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment