Wednesday, April 13, 2016
Minta Negara Luar Campur Urusan Siasatan 1MDB Melampau, Terdesak
SEREMBAN : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri
Mohamad Hasan menyifatkan tindakan pihak yang mahu negara luar
mencampuri urusan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai
tindakan melampau dan tidak boleh diterima sama sekali.
Tegasnya tindak tanduk pihak terbabit bukan sahaja terdesak malah memperlihatkan sikap putar belit mereka terhadap isu IMDB.
“Sebelum ini mereka desak supaya Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara
(PAC) menyegerakan siasatan dan bila hasil siasatan telah diperolehi
mereka tidak mahu terima pula.
“Hasil
laporan PAC tidak ada berbelah bagi. Semua pihak setuju bahkan wakil
ketua pembangkang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan
Seng Giaw pun mengaku tidak ada tersebut langsung nama Perdana Menteri
yang kononnya terbabit dalam penyelewengan.
“Perdana Menteri cuma sebagai pengerusi kepada lembaga pengarah. Jadi
saya tidak nampak mengapa orang masih tidak dapat menerima hakikat.
Kalau dah keputusan parlimen pun tidak boleh diterima minta pula orang
lain datang untuk siasat maka ini menunjukkan mereka tidak hormat kepada
parlimen dan negara ini,” selarnya.
Beliau turut memberi contoh sikap pembangkang yang sering tidak
berpuas hati sekiranya sesuatu perkara itu tidak menyebelahi mereka
seperti kes perbicaraan mahkamah.
Tambahnya lagi sekiranya kes yang dibicarakan menyebelahi mereka maka
mahkamah adil dan jika sebaliknya mahkamah tidak adil sedangkan ia
adalah mahkamah dan sistem yang sama.
“Dulu cakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh dipercayai
sebab SPR dicengkam oleh kerajaan tapi bagaimana sampai jatuh tiga empat
kerajaan negeri ke tangan mereka? SPR yang sama… sistem yang sama.
Jadi saya tidak faham jika ada yang mengatakan mereka masih tidak
menerima keputusan PAC,” ulasnya.
Pada masa yang sama beliau turut menggesa agar rakyat jangan
mempercayai tuduhan kononnya1MDB adalah punca ekonomi dan nilai mata
wang negara jatuh.
Jelasnya, ini adalah satu taktik jahat permainan pembangkang yang
mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara
ini.
“Jika mereka tuduh nilai mata wang ringgit jatuh sebab 1MDB maka ini
tidak betul. Bukan hanya negara kitasahaja mengalami masalah ini tetapi
ia melibatkan 127 negara yang mengalami masalah penyusutan nilai mata
wang mereka.
“Antara Nngara yang teruk terjejas ialah Rusia, Brazil dan Columbia…
ini kerana ekonomi mereka banyak bergantung kepada hasil minyak mentah…
daripada 127 buah negara ini, Malaysia hanya menduduki tangga ke 28…
“Jadi adakah negara-negara yang terjejas ini ada 1MDB? Oleh itu jangan mudah percaya dengan fitnah pembangkang ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment