Wednesday, April 06, 2016

Azmin Ali Takut Nak Jawab Isu Projek Lebuh Raya Di Selangor

http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/03/Azmin-Khalid-M-600x360.jpg
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengelak daripada menjawab enam soalan yang tersirat dalam memorandum yang dihantar kepada wakil Menteri Besar yang juga merupakan pegawai beritanya, Shahril Said.

Memorandum tersebut bagi bertanyakan mengenai isu pembinaan tiga projek pembinaan lebuh raya di Selangor. Kenapa tak jawab takut ke??

Sebanyak 19 badan bukan kerajaan (NGO) membuat desakan terhadap Azmin Ali. Mereka tidak berpuas hati dan mahukan jawapan mengenai persoalan mereka terhadap pembinaan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE), Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Klang (SUKE) dan Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (DASH).

Sivarajan Arumugam selaku jurucakap mendakwa bahawa dengan pembinaan ketiga-tiga lebuh raya terbabit, ia bakal memusnahkan lima kawasan hutan simpan antaranya ialah Hutan Simpan Rimba Ampang, Hutan Simpan Ulu Gombak dan Hutan Simpan Bukit Cerakah.

Tambah Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), pihak NGO sangat tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh Azmin. Patut ke Azmin cakap yang hutan simpan yang terkorban tersebut boleh digantikan semula dengan hutan simpan yang lain. Perhhhh, memang bengang la dorang.

“Kita berpandangan ia tidak betul. Sekiranya kamu sudah menembusi keseluruhan ekosistem, tadahan air akan terjejas.

“Mungkin hutan yang ingin diambil puluhan hektar sahaja, (tapi) kesannya adalah terhadap keseluruhan hutan warisan Selangor ini,” katanya.

Fikir-fikirkanlah… Kenapa harus kita musnahkan lokasi tadahan air yang sedia ada?? Mampukah kita menggantikan ekosistem hutan yang telah lama tercipta? Adakah pembinaan lebuh raya tersebut memenuhi syarat gazet hutan?? Itu antara enam soalan yang diajukan, tetapi tidak dijawab.

Azmin Ali malah menjawab, bahawa tidak adil bagi dirinya jika rakyat menyalahkan kerajaan negeri semata-mata berhubung dengan pembinaan DASH dan Sungai Besi-Ulu Klang SUKE. Bukannya dia menidakkan aduan rakyat tetapi dia sedang berusaha untuk selesaikannya.

Elehhhhh… Selesai la sangat, kalau selesai kenapa tak jawab je persoalan NGO-NGO terbabit. Kenapa diam membisu?? Dah takde suara eak?? Tahu pun takut, haha!

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment