Wednesday, April 06, 2016

Mahathir Buktikan Dirinya Seperti ‘Orang Bawahan’

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/06/nazri-aziz_mahathir_600.jpg
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadikan dirinya sendiri tidak ubah seperti orang bawahan atau lebih tepat low class! Takde standard dan jijik untuk dihormati.

Mana tidaknya jika kita lihat sekarang ini, Mahathir cuma menurut sahaja kemahuan pembangkang asalkan niatnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tercapai.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turut mengakui perkara tersebut kerana Mahathit kini dilihat cuba menghalalkan apa sahaja niat jahat pembangkang, asalkan tujuan dan motifnya mahu menggulingkan Perdana Menteri berhasil.

“Mahathir sudah sampai ke tahap ahli politik low class,

“Ya, dia menghalalkan cara. Prinsip dia, apa sahaja perkara boleh dilakukan asalkan niatnya tercapai.

“Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang ‘low class’. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu,” katanya.

Tambah Menteri Kebudayaan dan Pelancongan itu lagi, kelakuan Mahathir yang tidak ubah seperti lembu yang dicucuk hidungnya itu akan berterusan selagi niatnya tidak berjaya. Malah Mahathir juga dilihat sanggup menjatuhkan maruah sendiri, semata-mata demi kejayaan agenda busuknya itu.

Selama setahun Mahathir cuba untuk menjatuhkan Najib namun tindakannya tersebut masih belum berhasil. Kini dia hanya mampu untuk menjadi orang suruhan pembangkang, kerana dirinya begitu terdesak untuk membalas dendam terhadap Najib.

“Dia seorang yang sudah terdesak. Sebelum ini, setahun dia cuba jatuhkan Najib tetapi dia gagal. Ahli Umno tetap berdiri teguh di belakang Najib. Jadi sebab itu, dia keluar parti dan anak dia pula kena buang. Bertambahlah dendamnya.

“Jadi dia akan ambil apa sahaja kesempatan untuk menggabungkan usaha menjatuhkan Najib. Contohnya dia tengok perhimpunan Mansuh GST boleh jatuhkan Najib, dia akan turut serta. Sampai ke situ dendam dia,” katanya.

Nak tahu kenapa Mahathir sehingga kini masih lagi gagal dan buntu untuk menumbangkan perdana menteri?? Ini kerana prinsip yang dibawa olehnya jauh menyimpang dari tujuan asal. Bukannya berjuang demi negara dan rakyat, akan tetapi berjuang untuk puaskan hati sendiri dan membalas dendam.

“Rakyat tahu yang mana boleh ikut dan tidak. Nampak sangat dia duduk dengan pembangkang, dia berkompromi dengan prinsip dia. Amat memalukan.

“Sekarang, dalam politik dia sudah sampai ke tahap yang rendah. Langsung tidak ada prinsip,” katanya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment