
Wednesday, April 06, 2016
Anina Bengang Menteri Tak Bela Mahathir

Mungkin terlalu cemburu melihat kesetiaan yang ditunjukkan oleh
menteri-menteri dalam kabinet yang tidak putus-putus mempertahankan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bekas ahli UMNO ini tunjuk rasa
tidak puas hatinya terhadap Najib.
Bekas ahli UMNO Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin
mempersoalkan mengapa menteri dalam kabinet begitu taksub mempertahankan
perdana menteri berbanding dengan pemberi dedak, Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Mungkin dia jeles kot menteri lain boikot Mahathir dan orang tua pemberi
dedak tu pulak dok sibuk makan dedak yang diberikan oleh pembangkang.
Ditambah pula sekarang ini kuasa Mahathir makin hilang, sebab tu kuli
Mahathir ni menyalak sangat.
“Pemimpin yang merosakkan UMNO adalah penyangak bangsa. Mereka lebih
hina daripada penjenayah biasa kerana merosakkan sebuah negara. Mereka
adalah pemimpin yang terkutuk.
“Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak, mereka
hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib. Apabila Tun
(Mahathir) kata Najib mencuri (duit rakyat), tiada seorang menteri yang
memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun,”
katanya.
Dikesempatan itu Anina mengambil kesempatan untuk menjadi ‘guru ganti’
bagi menyekolahkan menteri-menteri yang dikatakan sibuk ‘membela’
perdana menteri. Mengingatkan mereka bahawa tugas seorang menteri adalah
untuk memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat.
Kalau kerja senang macam tu pun tak boleh buat, adalah lebih baik
menteri-menteri tersebut letak jawatan saja dan terus menjadi
‘bodyguard’ dan juru cakap perdana menteri. Eshhhh, eshhhh,
eshhhh..,dengki sungguh kan. Dedak Mahathir bagi tak cukup ke??
“Tiada seorang pun menteri yang berjaya memberi statement bijak atau
mengumumkan strategi, bagaimana Malaysia mampu menyediakan peluang
pekerjaan kepada ratusan ribu mahasiswa yang bakal tamat pengajian di
universiti dalam negara mahupun luar negara.
“Strategi yang ada, adalah bagaimana untuk meningkatkan kutipan bayaran
balik pinjaman pengajian samada PTPTN mahupun Mara,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment