
Wednesday, April 06, 2016
Orang Melayu Tidak Boleh Hidup Tanpa UMNO

Tanpa parti Melayu UMNO pastinya nasib serta hak-hak orang Melayu tidak
dapat dikekalkan seperti sekarang ini. Sepatutnya orang Melayu harus
bersyukur kerana UMNO telah berjaya menjamin masa depan mereka.
Cuba korang bayangkan, kalau takde UMNO pastinya Agensi di bawah
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat
(MARA) akan lenyap dan kepentingan orang Melayu tidak lagi dapat dijaga
dengan baik.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak siapalah masyarakat
Melayu jikalau parti UMNO tiada. Pastinya MARA akan turut serta terkubur
dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera akan turut terkikis serta
hilang. Sebab tu la kita sebagai masyarakat Melayu harus terus menyokong
UMNO.
“Tanpa UMNO, MARA akan terkubur. Kalau MARA terkubur, Melayu dan
bumiputera mungkin akan tersungkur. Sebab itulah walau bagaimanapun
keadaan, kita mesti menjaga UMNO.
“Jangan duduk sebaris dengan orang yang hendak mengkhianati UMNO. Jangan bersekongkol dengan mereka.
“Kita kena mempertahankan UMNO, kerana mempertahankan UMNO adalah mempertahankan Melayu dan bumiputera,” katanya.
Disebabkan bagi mengekalkan dan memelihara kepentingan orang Melayu
melalui MARA, Najib mengumumkan lima inisiatif terbaharu termasuk
penstrukturan semula anak syarikat di bawah Mara Corporation Berhad
dengan nilai semasa syarikat berkenaan sebanyak RM1.4 bilion.
Inisiatif tersebut dipercayai bagi menstrukturkan semula anak
syarikatnya, Mara Corporation Berhad dengan nilai semasa keseluruhan
RM1.4 bilion di bawah satu bumbung agar prinsip governansnya bergerak
lebih lancar dan teratur.
“Mara juga akan terus membantu komuniti usahawan untuk terus maju dan
berdaya saing, yang merupakan kesinambungan daripada Rural Industrial
Development Authority (RIDA).
“Seterusnya, Mara akan membantu dari segi pembangunan modal insan
melalui penubuhan Universiti Mara yang memfokuskan kepada bidang bukan
Teknikal dan Vokasional (TVET), ” katanya lagi.
Pastinya pelbagai inisiatif yang diumumkan Najib dalam ucapan perasmian
pada Majlis Sambutan Perdana 50 Tahun MARA di Dewan Utama, MENARA MARA
semalam bertujuan bagi menjamin masa depan orang Melayu daripada terus
ditindas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment