Wednesday, April 13, 2016

Bukan Kali Pertama.. Pemuda P.Pinang Desak Dap Ambil Tindakan Terhadap Ramasamy

NIBONG TEBAL : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata, permohonan maaf Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy kerana menggelar pendakwah terkemuka dari India, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’ tidak akan mampu menghilangkan parut luka di hati rakyat negeri ini khususnya yang beragama Islam.

Oleh yang demikian tegasnya Pemuda UMNO negeri itu mendesak agar Dap mengambil tindakan terhadap kebiadapan Ramasamy tambahan pula ini bukan pertama kali pemimpin parti itu mengeluarkan kata-kata yang menghina dan menjatuhkan maruah bangsa lain.
Zakir Naik And Ramasamy Satan 
“Pemuda UMNO mahu Dap bersikap tegas dan mengambil tindakan terhadap pemimpin mereka yang keterlaluan ini. Tindakan Ramasamy melabelkan pendakwah bebas itu sebagai syaitan adalah satu tindakan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

“Sebelum ini ada juga tindakan pemimpin Dap yang menghina bangsa Melayu dan agama Islam tetapi tetap tidak dikenakan tindakan. Oleh itu kita menggesa agar kepimpinan tertinggi Dap menyiasat dan mengambil tindakan,” ujarnya kepada media.

Tambah Rafizal, sekiranya pemimpin UMNO mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati bangsa dan agama lain sudah pasti pembangkang khususnya Dap menggesa agar mereka ini dikenakan tindakan.

“Selagi tindakan tidak diambil maka setiap hari mereka menyerang kepimpinan UMNO. Tetapi apabila perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin mereka, mengapa perkara ini dipandang sepi dan tidak ada sebarang tindakan dikenakan”, soalnya.

Untuk rekod, sebelum ini pun ada pemimpin Dap yang menghamburkan kenyataan “balik India” kepada salah seorang pengusaha restoran di Pulau Pinang selain menggelarkan seorang ahli parlimen berbangsa India dengan panggilan “binatang” ketika berbahas di Parlimen. 

Malah Dap juga pernah menggina penjawat awam dengan menyifatkan kadar rasuah di negara ini berpunca daripada pemonopolian Melayu dalam sektor awam.

Tony Pua pula pernah menggelar ROS sebagai ‘anjing UMNO’ berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Dap selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment