Wednesday, April 13, 2016
Pembangkang Cuba Guna Isu GST Bila Sedar Isu Kaum, Agama Tidak Laku Di Sarawak
KUALA LUMPUR : Pembangkang terpaksa memutarbelit isu Cukai
Barangan dan Perkhidmatan (GST) apabila semakin sedar isu perkauman
serta agama gagal mempengaruhi rakyat terutama pengundi di Sarawak,
demikian pandangan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Ir Wan Mohammad
Khair-Il Anuar Wan Ahmad.
Jelasnya dakwaan kononnya kerajaan akan menaikkan kadar GST kepada 10
peratus jika memenangi pilihan raya negeri Sarawak ternyata satu usaha
terdesak yang memperlihatkan pembangkang dalam keadaan cukup tertekan.
“Sebelum
ini mereka cuba mainkan isu perkauman dan isu agama tapi gagal. Mereka
cukup tertekan sehingga terpaksa memutarbelit isu GST dengan membuat
dakwaan yang membabi buta.
“Perkara ini (GST) telahpun dinafikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Abdul Razak. Kita sekarang cuba untuk memastikan kelicinan
perlaksanaan GST tapi ini tidak bermakna kadar GST dinaikkan.
“Bagi saya, rakyat telah menyedari bahawa GST telah menyumbang kepada
ekonomi negara. Hasil pendapatan GST pula bukan bermaksud kita dapat
terus simpan atau guna untuk perkara tak berfaedah, tetapi kita
pulangkan balik untuk kesejahteraan rakyat melalui BR1M, pembangunan
ihsan dan pembelajaran dan lain-lain lagi,” katanya kepada media
di sini.
Justeru beliau percaya apa yang cuba dilakukan pembangkang pada
pilihan raya negeri Sarawak ini adalah cuba menjadi ‘juara’ tapi bukan
juara kepada rakyat sebaliknya juara memanipulasi isu atau juara fitnah.
Tambahnya pembangkang hanya pandai berkata-kata kononnya mereka hebat
tetapi andai dicermin pentadbiran di negeri jajahan mereka, terlalu
banyak compang camping yang cuba disembunyikan.
“Seharusnya pembangkang tilik kain sendiri sebelum sibuk membuka
pekung orang lain yang belum tentu betul. Mereka cuma pandai bermain
kata konon nak jadi juara kepada rakyat tapi lihatlah negeri Pulau
Pinang dengan isu ketua menteri dan lihat negeri-negeri yang mereka
terajui. Di Selangor dengan masalah air.. ini tentang kesejahteraan
rakyat, itupun mereka gagal selesaikan.
“Apa rekod pentadbiran baik mereka yang boleh dijaja kepada rakyat
Sarawak.. jawapannya tidak ada melainkan hanya pandai memburukkan
kerajaan BN sahaja,” ujarnya.
Oleh itu beliau amat berharap agar rakyat Sarawak tidak mudah
terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang hanya pandai ‘berkokok
berderai-derai tetapi ekor penuh tahi’.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment