Thursday, April 14, 2016

DAP Kena Hantar Ramasamy Masuk Sekolah Semula : Presiden ISMA

BANGI : Parti rasis dan cauvinis, DAP disaran menghantar Timbalan Setiausaha Agungnya, P Ramasamy masuk semula ke sekolah.

Saranan itu dilontarkan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman susulan komen kurang ajar yang ditulis oleh Ramasamy, kelmarin.

“Saya cadangkan supaya DAP hantar Ramasamy masuk sekolah semula supaya dia belajar mengenai adab sopan dan budi bahasa.

“Dia juga perlu diberi kursus supaya faham ideologi liberal dan keterbukaan DAP,” sindirnya dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi kenyataan awal dalam Facebook kelmarin, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.

Kenyataan yang mencerminkan ketidakmatangan ahli parti itu muncul selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC yang kemudiannya dikutuk oleh umat Islam.

Bagaimanapun semalam Ramasamy menyatakan kekesalannya kerana telah menulis sedemikian. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment