Thursday, April 14, 2016
Sah..... Rahman Dahlan - Guan Eng Debat Pada 19 April
KUALA LUMPUR : Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan
Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang
Lim Guan Eng dijadualkan akan disiarkan secara langsung menerusi slot
waktu perdana TV3 pada 19 April.
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke (DAP) berkata beberapa pegawai
Abdul Rahman memberitahunya bahawa mereka telah membincangkan mengenai
perkara itu dengan TV3 dan menetapkan tarikh 19 April ini untuk debat
diadakan.
"Kami bersetuju dengan tarikh itu tetapi menetapkan syarat bahawa debat
perlu disiarkan secara langsung," kata Loke, menyatakan bahawa TV3 telah
menawarkan untuk menjadi tuan rumah kepada perbahasan itu pada slot
waktu perdana di studionya, pukul 9 malam.
RTM pada asalnya menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah perbahasan itu, sebelum diminta oleh TV3 untuk menyiarkannya.
Loke yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata pada masa ini, beliau
masih tidak dihubungi oleh TV3 dan Abdul Rahman tetapi meneruskan dengan
persediaan untuk debat itu.
"Satu-satunya perkara yang kita belum bincang ialah tentang siapa yang
akan menjadi moderator dan juga format perbahasan," katanya.
Beliau menambah, sekurang-kurangnya slot masa satu jam diperlukan untuk
menjawab semua soalan, sambil menambah ia akan menjadi baik jika lebih
banyak masa boleh diperuntukkan.
Awal minggu ini, Guan Eng dan Abdul Rahman telah berkongsi 15 soalan
debat dan Loke mahu debat ini mempunyai masa yang cukup untuk semua
persoalan dijawab.
Minggu lalu, Abdul Rahman mencabar Guan Eng untuk berdebat mengenai isu
tanah Taman Manggis dan dipersetujui Guan Eng dengan syarat ia diadakan
secara terbuka.
Panel khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagaimanapun,
mahu debat dibatalkan kerana siasatan sedang dijalankan mengenai isu
itu.
Walau bagaimanapun, Loke berkata ia adalah nasihat semata-mata beliau tidak mendengar sebarang kenyataan lanjut daripada SPRM.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment