Thursday, April 14, 2016
Inilah Jahatnya Buat Tuduhan Tanpa Usul Periksa...."Tuduhan Terhadap Saya Tidak Benar" - Dr Zakir
BESUT : Penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik berkata tuduhan bahawa beliau menjatuhkan maruah agama lain adalah tidak benar.
Beliau berkata umat Islam tidak dibenarkan untuk merendahkan mana-mana
agama, justeru beliau tidak pernah melakukan perkara-perkara seperti
itu.
"Bagi tuduhan-tuduhan yang telah dibuat, ia adalah tidak benar. Saya
tidak pernah merendah-rendahkan mana-mana agama dan haram bagi umat
Islam untuk berbuat demikian.
"Umat Islam tidak dibenarkan untuk mengkritik mana-mana agama.
"Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang yang fanatik dan mempunyai
pemahaman cetek tentang agama mereka sendiri mewujudkan kekecohan ini.
Itulah sebabnya tuduhan seperti itu dibuat," kata beliau semasa sesi
soal jawab selepas menghadiri majlis di sini, Selasa.
Dr Zakir berkata dakwaan-dakwaan tersebut, laporan polis dan
memberikannya gelaran juga menjadikan beliau lebih popular dan telah
memberikan publisiti percuma kepada dirinya.
Beliau juga menegaskan bahawa jika beliau telah membuat kesilapan dalam
membuat rujukan terhadap mana-mana agama lain, maka kesilapan itu perlu
dinyatakan.
Dr Zakir, Presiden Yayasan Penyelidikan Islam, memulakan siri ceramah di Terengganu minggu lalu atas jemputan kerajaan negeri.
Ceramah yang dijadualkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, yang
sebelum ini diharamkan oleh polis telah diberikan lampu hijau pada
Selasa tetapi tajuknya perlu diubah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment